Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Thursday, April 28, 2011

waktu mustajab bdoa.. =)

  • ketika hujan.
  • ketika hendak memulakan solat&selepas solat.
  • ketika mhadapi musuh dlm peperangan.Sabda Rasulullah s.a.w. yg bmaksud:"Bdoalah saat doa itu diperkenankn Allah;pda saat bertemu tentera2 (bperang).ketika hendak mdirikan sembahyang dan ketika trunya hujan". (hadis Mursal yg diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dlm al-Azhar).
  • waktu antara azan & iqamat.Sabda Rasulullah s.a.w.yg bmaksud:"tdk ditolak doa yg dmohonkn di antara azan & iqamat." (Riwayat al-Termizi)
  • ketika iktidal yg akhir dlm solat.
  • ketika sujud dlm solat.
  • ketika khatam al-Quran (30juzuk)
  • sepanjg mlm,terutamanya disepertiga mlm yg akhir & pda waktu sahur.
  • sepanjang hri jumaat.
  • antara waktu zuhur dan asar dan antara asar dan maghrib.

Saturday, April 23, 2011

pengajaran ..

   Seorang bdk menangis ketika melihat unggun api yg sedang marak menyala.Khalifah Harun al-Rasyid btnya kpdnya,knp dia menangis.Bdk itu pun menjawab: "Aku takutkn api neraka."
   Khalifah yg adil itu memujuk:"Anak kecik sepertimu tdk akn dimusnahkn ke dalam api neraka." Namun apakah jwapan bdk itu?katanya :"Aku lihat ketika orang menyalakan api,mereka akan memasukkn ranting2 kecil dhulu,setelah ranting kecil terbakar,brulah dimasukkan kayu2 yang besar.Aku takut hal yg sama blaku di dlm api neraka kelak.Aku umpama kayu kecil itukah? "
  Mendegar jawapan itu Khalifah turut menangis...

p/s :menitis jg air mata saya kali nie..apb sya melihat bara api shj membuatkn sya t'ingat akn kisah antara bdk kecil itu bsma Khalifah.. begitu memberi pengajaran pada sya =) apa yg bleh disimpulkn..apb rsa takut pada Allah berada hati,semua yg dilihat akn m,emberi pengajaran dan hikmah.Yg dilihat oleh kebanyakkn manusia,dilihat luar biasa oleh org yg takutkn Allah,lantas mhalang mereka malakukn maksiat dan dosa. 
Wallahua'lam.

Thursday, April 21, 2011

"Jom Solat.."

   Ahlan Wa Sahlan ya teman hehehe..padahala just sya je yg bce.. SubhanaAllah begitu besar kan nikmat apb kte menunaikn solat..nak2 air wuduk yg diambil mpunyai pelbagai hikmahnya..bleh ilangkn kepenatan..mengantuk..n mcm2 lgi =) ..hari nie kn tersa letih sje bdn nie..may be kurang chat ckit=) ape2 pun ade ubt yg paling mujarab telah membantu sye..ha a..percaya tak if sye katakn yg solat dpt mjg kesihatan kita disampg mberi kesegaran dlm tubuh bdn kita bgi menjalani pekerjaan seharian..ini la sebaik2 penawar segala kesakitan.. 'SOLAT' .Tiap kli sye selesai menunauikn sesuatu pekerjaan..tersa letih sje bdn nie..tetapi setelah menunaikn solat,bdn trus jd segar semula..ilang rse mengantuk,penat..ha a..ajaibkn..hebatkn..unikkan.. SubhanaAllah.. itulah yg dinamakn kebesaran dlm kte menunaikn solat 5 waktu sehari semalam..ditambah lgi dgn wuduk yg diambil..menanbahkn lgi kesegaran kala syaitn hadir bgi meruntuhkn keimanan..wah..wah..dah mcm nak bpidato je kan hehehe.. i try ok =) jom ..nak share ckit nie.mcm ne solat bleh mjg kshatan tubuh bdn kita..
   Kehidupn bmlas-malas dpt mendatangkn bmcm2 penyakit pda perut,kurang nafsu mkn,skt kepala,sembalit n byk lgi.Sedangkn gerak bdn itu sgt besar skli faedahnya bgi keshtn jasmani n rohani serta kesempurnaan fikiran.Ia jg  dpt meningkatkn kecerdasan n keyakinan thdp dri sendri.
   Solat adalah gerak bdn yg utama utk memelihara keshtn jasmani(fizikzl).Ksemua gerakan solat itu merupakan gerakan yg sgt sempurna utk mengaktifkn n mengerakn seluruh otot2 n urat2 saraf dlm tubuh bdn.Bak kta yuna..tp tkar ckit la..'sempurnanya gerakmu' hihihi...Selain faedah yg utama,iaitu memelihara kshtan iman demi kenhgian dunia n akhirat.
   Gerak bdn menguatkn otot2 serta urat2 saraf dan secara tak langsung memelihara keaktifan anggota bdn,jg menambh fikiran dan kepintaran.Antara manfaat gerak bdn jg,sistem pernafasan ,pencernaan n perkumuhan akn mjd lancar.Pgerakn tubuh bleh mpercptkn degupan jantung,melancrkn n mpercepatkn peredaran drh shgga kpd penyerapn zat lbh byk,hingga mybbkn ptukaran zat yg lbh giat kpd proses pencernaan.


   Renungkn2..begitu besar kan nikmat apb kita menunaikn solat.dpt jg kesihatan =)Ingat !! niat kte bsolat krn Allah ye =) disamping itu jg..sedar tak sedar kte dpt beramal dgn anggota tubuh bdn kita ke jln yg benar..betul tak.. jd bersolat la kta sebelu kta disolatkn..lihat sje jari kanan kita,ada 5 kan..sama la jgk dgn solat 5 waktu kita..peliharala ia sebaik2 nye..sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran..Allah tegaskn melalui firman-NYA yg bmaksud:
        "sesungguhnya sembahyang itu mencegah drpd fahsya' dan kemungkaran" (surah al-Ankabut 29:45)
   tetapi wahai diri yg sya sygi..n teman2..solat yg dibuat bsma dgn hati,bkn skdr gerakan bdn yg dpt mencegah kemungkaran hehehe..setiap bacaan solat yg dibaca jg la yg mencegah kte drpd melakukn sebarang larangan Allah..selamat beramal.. Waallahu a'lam. =)

ALUNAN...
"Sepohon kayu daunnya rimbun,Lebat bunganya serta buahnya,Walaupun hidup seribu tahun,Kalau tak sembahyang apa gunanya,Walaupun hidup seribu tahun,Kalau tak sembahyang apa gunanya.Kami berkerja sehari-hari,Untuk belanja rumah sendiri,Supaya Allah menjadi sayang,Kami berkerja hatilah riang,Supaya Allah menjadi sayang,Kami berkerja hatilah riang."

"Kami sembahyang fardhu sembahyang,Sunat pun ada bukan sebarang,Hidup di kubur yatim piatu,Tinggallah seorang dipukul dipalu,Hidup di kubur yatim piatu,Tinggallah seorang dipukul dipalu,Dipukul dipalu sehari-hari,Barulah ia sedarkan diri,Hidup di dunia tiada bererti,Akhirat di sana sangatlah rugi,Hidup di dunia tiada bererti,Akhirat di sana sangatlah rugi."

Tuesday, April 19, 2011

memberi salam..

=) ucapan salam...kdg2 dah menjdi kebiasaan kte ble bertemu dgn teman2..assalamualaikum sahabat..=) tukar..tukar...'hai ..gud morning..long time not see' ha a.. betul ke ucapan nie yg kte kne mulakan?? time utk berubah ..ape salahnya jka kte yg memulakan salam wat teman2..jd sye akn cuba merubahnya...dgn kerap memulakan salam..ketika msuk umah,jumpa teman2..InsyaAllah =) sedikit cerita nak sye kongsi bersama..

Dikeluarkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra. bahwa beliau suatu ketika telah datang menemui Abdullah bin Umar r.ahuma. dan pergi bersamanya ke pasar.

Kata At-Tufail, "Apabila kami berjalan ke pasar pada waktu pagi itu, Abdullah ra. telah memberi salam kepada siapa saja yang ditemuinya, tidak kira mereka orang-orang yang menjalankan jual beli, orang miskin dan kepada siapapun mereka. Oleh sebab itu aku pun pergi kepadanya pada suatu hari dan beliau telah mengajakku ke pasar. Aku pun bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan di pasar sedangkan kamu tidak melakukan sebarang penjualan di sana, tidak menanyakan harga barang untuk dibeli, kamu tidak menimbang atau menukar barang di sana dan kamu tidak juga duduk di dalam majelis-majelis di pasar tersebut?' Aku pun menyuruhnya duduk saja ditempat itu untuk berbincang".

Abdullah bin Umar r.ahuma pun berkata kepadaku, "Wahai si perut besar! Adapun kita ke sana semata-mata untuk memberi salam dan hendaklah kamu memberi salam kepada siapa saja yang kamu temui".

Dikeluarkan oleh Malik dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra.seumpama dengannya.

Di dalam riwayat lain, Abdullah bin Umar r.ahuma. berkata, "Adapun kita ke pasar semata-mata untuk memberi ucapan salam maka hendaklah kamu memberi salam kepada orang yang kamu temui".

Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra. seumpama dengannya.

Dikeluarkan oleh At-Tabarani dari Abu Umamah Al-Bahili ra. bahwa beliau telah memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya. Beliau berkata, "Aku tidaklah mengetahui seseorangpun yang mendahuluiku dalam memberi salam melainkan seorang lelaki Yahudi. Suatu ketika ia telah bersembunyi di balik tiang. Tiba-tiba dia keluar dari persembunyiannya itu memberi salam kepadaku."

Abu Umamah ra. telah berkata kepada lelaki Yahudi itu, "Celaka kamu wahai si Yahudi! Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perbuatan sebagaimana yang telah kamu lakukan itu?" Laki-laki Yahudi itu pun menjawab, "Aku telah mengetahui bahwa kamu adalah seorang lelaki yang banyak memberi salam. Oleh karena aku mengetahui bahwa amalan itu mengandungi kebaikan dan kelebihan, lalu aku berkeinginan untuk mendapatkan kelebihan tersebut".

Abu Umamah ra. pun berkata kepadanya, "Celaka kamu, karena sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, 'Sesungguhnya Aallah telah menjadikan ucapan salam sebagai ucapan kepada ummat kami dan keamanan bagi orang-orang yang berada di bawah tanggungan dan perlindungan kami (kafir dzimmi)".

Di dalam riwayat Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari Muhammad bin Ziyad katanya, "Aku telah memegang tangan Abu Umamah ra. sedang beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Tidaklah beliau melewati seorangpun baik orang Islam, Nasrani, kecil atau besar melainkan beliau memberikan ucapan salam kepadanya. Beliau berkata,

Salamun 'alaykum. Salamun 'alaykum (kesejahteraan ke atas kamu)!

Apabila beliau sampai di depan pintu rumahnya, beliau berpaling ke arah kami seraya berkata,"Wahai anak saudaraku! Nabi kami telah memerintahkan kami agar menyebarkan salam di kalangan kami".

Di dalam riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab dari Basyir bin Yasar katanya, "Tiada seorangpun mendahului atau bersegera dalam memberi salam selain dari Ibnu Umar r.ahuma".

Dikeluarkan oleh At-Tabarani dengan isnad Hasan dari Anas bin Malik ra. katanya, "Kami bersama-sama dengan Rasulullah SAW di zamannya. Aapabila kami berpisah dan dipisahkan oleh sebatang pohon, maka kami akan memberikan ucapan salam apabila kami saling bertemu di antara satu dengan yang lain".

Sebagaimana dalam At-Targhib. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab.

Sunday, April 17, 2011

..Detik Kewafatan Baginda..

Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:

"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.

Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:

"Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.

Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.

Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.

Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Thursday, April 14, 2011

doa..

Di sini, ada satu doa agar hati2 kita bersatu…. Semoga dengan doa ini, hati kita sentiasa bersama dalam rahmatNya. InsyaAllah, setiap yang baik itu datang dari Allah. Amin…


DOA RABITAH…
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMuJika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A’alamin..

selawat ke atas baginda..wahai teman






Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…
محمد يا رسول الله
Aku akan cuba mengikuti sunnahmu,
Dan lakukan yang terbaik untuk kehidupanku,
Sebagaimana apa yang engkau telah ajarkan kepadaku,
Akan aku sentiasa berdoa agar aku dapat mendekatimu
pada hari perhitungan itu melihatmu tersenyum,
Dan engkau akan melihat semula padaku…

Wednesday, April 13, 2011

Nak Jugak... =)

Assalamualaikum...lemah kaki ku melangkah menuju ke cc...biarpun diuji dgn demam yg agak panas..hehehe..tp x la teruk sgt...kuatkn jg tenaga ke cc..krn windu pda lukisan alam ukasyah...sje je sebenarnya hehehe...nak wat mcm ne kan..bdk degil ,owg ckp jgn..ye ckp nak jgk..nak jgk..heheheh trasa windu sgt kat lukisanalam ukasyah...2 yg berjuang jgk hingga sampai ke cc...bkn jauh pun dpn umah je heheheh... ha a nak wat ap ye.. bru2 nie sye terfikir sesuatu..ape yg harus sye lakukan...mcm ne nak ckp ye..senang citer,mcm ne nak wat keputusan utk memilih. =) ntah la kan..sye mcm x senang ddk selagi sye x wat keputusan..tp x mgapa mungkin belum tbe msenya utk sye memilih..Allah lebih mengetahui ape yg terbaik wat sye..kte manusia kdg2 suka wat keputusan terburu2..t ble keputusan yg dibuat tdk berbaloi..bru nak menyesal..jd lebih baik sye bersabar dahulu...'tunggu...'hehehe mungkin ade hikmah disebalik penantian itu...bertepuk sebelah tangan rdk berbunyi...sye harap biarla kedua2 tgn bersatu dan sme2 mengecapi impiannya..ikhlas krn Allah =) InsyaAllah.. terasa windu jgk wat insan yg dinyatakn di atas..copps..copps...jgn dok fkr yg lain ye..=) windu ikhlas krn Allah ye... x lebih dri itu hehehe.. windu 2 kan anugerah.. nie yg nak nyanyi nie...hihihi 'Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah,Insan yang berhati nurani,Punyai rasa rindu'...ckup2..karang penuh satu page nie dgn nasyid =) rsenya dah terlepas winduutk melihat lukisan alam ukasyah nie..bertemu lgi di lain post..walaupun hanya sye yg membaca nye.. =) heheheh 

Sunday, April 10, 2011

keindahan jari jemari...

Assalamualaikum...morning =) bgun pgi gosok gigi,cuci muka mandi pgi hehehe...betul ke sye nyanyi nie...la la la.. ceria semacam je..eh x la..biasa aje.. hri2 kne senyum dn ceria..InsyaALLAH .wlpun diuji ,namun kekalkn la senyuman itu dgn hati yg ikhlas.. ha a, nie nak kongsi nie mengenai keindahan jari jemari, nak thu ape yg indahnya??

Pelbagai hikmah & taksiran yg blh diandaikn di sebalik jari anda yg lima.Cuba perhatikn perlahan-lahan jri anda,Luruskn ia ke hadapn dlm  keadaan tbuka.Renung dlm2.Kewajipan solat lima waktu jgn diabaikn.

Kemudian lekapkn jri itu di ats meja,perhatikn.Bermula drpd jari kelingking yg kecil dn kerdil,seperti manusia dan apa shj akn bermula drpd kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa shj yg dilakukn mesti bmula drpd kecil.Bak kata pepatah 'meluntur buluh biar dri rebungnya'kegagalan mdidik di usia ini akn mberi kesan yg besar pda msa hadapan.

Naikn kpd jari kedua,jri manis namanya.Begitu jg dgn usia remaja.Manisnya sprt jri yg comel mulus ini,apatah lgi kiranya disarungkn dgn sebentuk cincin bertatahkn berlian,bangga tak tkira..pda ketika ini,alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dgn pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya iman dan taqwa menunujukn jln kebenaran.Pda usia ini,anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sdh dipertanggungjwbkn segala amanah di hdpn Rabbul Jalil.Bersediakah anda??

Nah..naik kpd jri ketiga.Jari yg paling tinggi,jri hantu nmaya.Zaman remaja ditinggalkn.Alam dewasa kian menjengah.Diperingkt umr 30-an ini seorg itu telah mpunyai status dan identiti dgn ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh.Namun,anda mesti berhati2 krn di kala bnyk 'hantu-hantu pengacau' yg dtg menggoda.Hantu hasad dengki,hantu ego,hantu tamak,hantu iri hati dan seribu mcm hantu lgi.Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu,amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kpd jari telunjuk.Jri inilah yg mengungkap stu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggamkn kesemua jri dan keluarkn jri ini.Gagahnya ia sbg petunjuk arah,mjd contoh dan tauladan.Manusia yg berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sbg model kpd generasi bru dan pebimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.

Akhir sekali,renubg ibu jari.Ianya besar dan pendek ttp menunjukn kematangan dan kehebatn yg mbanggakn.Tugasnya mbenarkn sesuatu dan mentafsirkn pelbagai perkara.Bak kta org Jawa'cap jempol' atau cap jri.Kalau dia ada smua urusan bjln lancr.Buat generasi muda,rujk dhulu kpd org tua atau yg bpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,nescaya anda bleh bkata 'goog' atau 'yes' smbil menggegam smua jari dan angkat ibu jri ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam,cuba lihat sekali lgi jari anda yg lima.Renung dan fkr dlm2.Dimanakh anda sekarang???

Wallahua'alam. =)


Saturday, April 9, 2011

cinta dunia dan cinta akhirat.

Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.
Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan kepada sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan. Pemikiran jumud begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan mengenai akhirat.
Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan ni'mat untuk merasai kedua-duanya. Dan seharusnya mereka memperolehi keberkatan ini hanyalah kerana pencarian mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit.
Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." (Surah al-Khafi : 28)
Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam. Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan itu pula, hendaklah jangan kedekut untuk dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di akhirat.
Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini.
Wallahua'alam.
Bermula dari alam rohani,
Kita berjanji pada Ilahi,
Hidup didunia sebagai hamba,
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian.
Biarpun dalam beronak duri
Cobaan Tuhan silih berganti,Kerana iman tetap dihati,Demi akhirat betapa berat ditempuh jua.Telah menjadi resam dunia,Akan beruntung siapa yang leka,Iman termahal paling berharga..Perlu berkorban mendapatkannya.
Miskin dan kaya bukan ukuran,Iman dan taqwa nilaian Tuhan,Ganjaran syurga sedia menanti,Hidup disana kekal abadi,Kepada Tuhan panjatkan doa,Petunjuk jalan pada yang Esa,Moga dipimpin dipelihara,Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah.
kau cinta pertamaku ,kau cinta terakhirku ,tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita ,kau air dimataku. satu antara seribu ,tiada antara di dunia ,mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir.kau air dimataku ,satu antara seribu tiada antara di dunia ,mungkinkan terputus di tengah jalan mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir.mungkin kitakan berbeza haluan ,berakhirnya cerita percintaan ,segalanya ketentuan tuhan,mungkinkan terputus di tengah jalan ,mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir ,mungkin kitakan berbeza haluan berakhirnya cerita percintaan ,segalanya...2x..
mungkinkan terputus di tengah jalan ,mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir mungkin kitakan berbeza haluan ,berakhirnya cerita percintaan ,segalanya ketentuan tuhan..segalanya ketentuan tuhan....

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...