Apabila kita berusaha utk menjadi seorang fasilitator yang baik, kita
kena kaji terlebih dahulu resepi-resepinya.. =) dulu semasa saya bergiat dalam
aktiviti menjadi fasi..banyak juga kekurangan saya.. itulah yang dikatakan
pengalaman kan.. Alhamdulillah berkat pengalaman,banyak yang saya pelajari...
dan sekaligus memperbaiki setiap kekurangan sepanjang saya menjadi
fasilitator... Jom hayati dan jadikan
ikutan setiap Resepi yang disajikan utk menjadi fasilitator yang berkesan..
Wah,dah macam nak masak-masak pula kan..hehehehe... ‘Jom berjuang menjadi
fasilitator yang cemerlang’ InsyaAllah. =)
1.
Menetapkan kesepakatan dalam kalangan ahli.
3.
Mampu mengukur sejauh mana peserta ingin tahu
lebih banyak mengenai sesuatu topik.
4.
Mewujudkan persekitaran yang semua orang bebas berbicara
dan mengemukakan pendapat.
5.
Tidak takut terhadap konflik.
6.
Jangan menjadi terlalu dominan.
7.
Tidak terlalu kritis.
8.
Berfikir dengan cepat.
9.
Mampu mengubah suasana yang pasif menjadi aktif
dan menyenangkan.
10. Mampu menangani peserta yang suka mendominasi.
11. Latih peserta menerapkan teknik mendengar dengan
berkesan.
12. Selalu berperanan sebagai “katalis” iaitu pandai meramu campuran yang
baik dan boleh menyusupkan resepi sendiri.
13. Tidak terlalu rigid dengan berfikiran
‘menang-kalah’.
14. Sentiasa fokus dengan tujuan.
15. Mahu mendengar.
16. Menerima semua input peserta dan bijak
memprosesnya.
17. Jangan takut apabila tidak mempunyai jawapan
untuk pertanyaan peserta.


