Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Sunday, June 3, 2012

Tidak putus Saf..


Tidak putus Saf.. InsyaAllah..

Kanak-kanak dlm saf orang dewasa.. ‘tidak sah la saf nanti ustazah’ itulah kata-kata  segelintir anak didik saya.. =)  bila dah jadi warden nie,solat pun sentiasa berjemaah, timbul persoalan apb berbeze pendapat di kalangan pelajar saya.. walaubagaimana pun saya  yakin dgn meletakkan saf sebaris ,agar memenuhi saf dari dibiarkan kosong dan lebih baik diisi.. Alhamdulillah..akhirnya saya peroleh jawapan..dari SOLUSI.. yang byk membantu.. syukran warga solusi.. okait nie yg akan usatazah kongsikan dgn anak-anak didik sazah nanti apb kita bersua..insyaAllah.
    Berkenaan persoalan kanak=kanak yg berada di dalam saf orang dewasa sama sekali tidak menjejaskan sah atau tidak solat seseorang itu dan bukan sebagai pemutus saf solat seperti yang didakwa orang ramai.sandaran merujuk pada hadis Anas bin Malik r.a., beliau berkata:
“Aku solat bersama-sama anak yatim di rumah kami.Kami di belakang Nabi s.a.w. dan ibuku; Ummu Sulaym di belakang kami.” (Riwayat al-Bukhari)
     Hadis ini menerangkan bahawa ketika Anas bin Malik r.a. solat bersama Rasulullah dan seorang anak yatim,Anas berdiri bersama-sama anak yatim di dlm saf yang sama di belakang Rasulullah s.a.w. Jelas dibolehkan kanak-kanak berdiri bersama-sama orang dewasa di dalam satu saf. Jika tidak dibenarkan pastinya Anas akan berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Jelas di sini,Anas berdiri bersama anak-anak yatim utk membuat satu saf di belakang Rasulullah s.a.w.
     Manakala Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Ibn Abbas pada suatu masa beliau belum baligh pernah ikut,serta menyaksikan haji Wada’ dan beliau duduk bersama-sama(di barisan) org dewasa.” (Fath al-Bari, jil3,halaman 242). =) JOM SOLAT !!

No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...