Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, March 12, 2013

lazim jadi sunnah...



Ayuh, zahirkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dengan memastikan perkara yang lazim kita lakukan bertepatan dengan sunnah baginda :



Lazimnya...
Sunnah jika...
Solat sunat

Ramai orang melakukan solat sunat di masjid.
Lakukan solat sunat di rumah, dan penuhkan masjid untuk menunaikan solat berjemaah lima waktu.
Kirim salam

Jika tidak berjumpa dengan orang yang ingin ditemui, kita hanya meminta orang lain menyampaikan salam kepadanya.
Di samping mengirimkan salam kepada orang yang ingin ditemui, kita turut mendoakan kesejahteraan buat si pengirim salam.

Di hadapan Pintu Rumah
Kita kan berdiri di hadapan pintu rumah orang yang ingin diziarahi dan mengucapkan salam.
Berdiri di sisi kanan atau kiri pintu rumah orang yang ingin diziarahi, yakni tidak menghadapkanwajah tepat ke pintu rumahnya, kemudian ucapkan salam.

Ucap “Alhamdulillah”
Ucapan ‘Alhamdulillah’ selalu kita ucapkan apabila mendapat berita dan sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan.
Iringi kalimah “alhamdulillah” dengan melakukan sujud syukur.

makanan
Apabila ada makanan yang tidak sesuai dengan selera, kita sering mencelanya: “seperti kurang garam, terlalu manis, kurang masak atau sedap.
Apabila da makanan yang tidak disukai atau tidak sesuai dengan selera, tinggalkan sahaja memakannya tanpa mencela atau mempamerkan wajah tidak puas hati.

tangisan iman...


    Untuk melakukan ketaatan, kita perlu memperuntukan masa bagi memastikan amalan yang kita lakukan sempurna. Kita mahu lakukan yang terbaik kerana Allah, tetapi masa yang diambil hanya mahu menarik perhatian dan mendapatkan penghargaan manusia. Pastinya nilai kedua-dua perbuatan tersebut berbeza di sisi Tuhan.
     Muslimah yang memakai tdudung dengan sempurna dan menutup tubuh, berpakaian labuh, berstoking tangan bagi lengan baju yang lebar, berseluar longgar atau berkain yang tidak menampakkan tubuh badan dan berstoking menutup kaki pasti sukar dan mengambil masa. Kita perlu yakin atas rahmat Allah bahawa setiap “susah payah” mentaati perintah Allah, ganjaran berlipat ganda sesuai dengan kesabaran dan kerelaan kita pada perintah-Nya.
     Tetapi, jika masa banyak terbuang kerana ingin menggayakan fesyen yang unik, berbeza dan tidak menyerlah, tudung yang sepatutnya menutup kecantikan tidak lagi berfungsi sebagaimana tuntutan Yang Maha Esa.
      Pada ketika wanita mengenakan fesyen dan gaya yang pelik, bertudung dengan tidak sempurna menutup tubuh serta berhias berlebihan, yakinlah syaitan sudah mula bersorak riang, nafsu pula gembira dengan ledakan tawa atas kemenangan mengalahkan iman..
Iman kita sudah terhenyak jauh ke dalam, menangis dan merintih agar kita kembali sedar daripada tipu daya iblis terhadap wanita!Tips Mudah Bangun Malam..
Imam  al-Ghazali memberikan sedikit panduan untuk memudahkan seorang bangun pada waktu malam untuk memudahkan seseorang bangun pada waktu malam untuk berqiamullail:


1.       Tidak makan terlalu kenyang/ banyak pada waktu siang.
2.       Tidak melakukan aktiviti yang terlampau berat sehingga meletihkan badan.
3.       Tidur sebentar pada waktu siang hari (qailulah) sebelum waktu zuhur.
4.       Menjauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat pada waktu siang.

       Tiru Ibadah Rasulullah..
Ramai orang lain menyahut saranan menampung kekurangan amalan dengan melakukan ibadah sunat yang selalu dilaungkan.Alhamdulillah, walaupun sudah penat melakukan pelbagai urusan, masih ada lagi.



pemuda..buah epal..


·                   Riwayat seorang pemuda, Abu Salih (salih,warak dan jujur dalam perbicaraan & perbuatan).Tinggal di daerah kecil bandar Jilan Negeri Parsi. Menurut riwayat, abu salih dari keturunan saidina hassan r.a iaitu cucu Rasulullah s.a.w. Mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi, luas pengetahuan dan tak pernah rasa jemu.Tidak suka pada duniawi, membuang masa.Suka beribadah, beramal, munajat kepada Allah S.A.W. Satu hari,keluar menuju ke perairan sungai yg cantik dan indah. Duduk atas batu fikir kebesaran tuhan.(hiburkan hati setelah selesai lakukan ibadah)

          Tiba-tiba ternampak sebiji buah epal (masak ranum) dibawa arus sungai.Memakan separuh epal,kebetulan belum lagi memakan dari awal hari. Teringat telah melakukan kesalahan,memakan buah yang bukan hak/hartanya. Tidak mendapat kebenaran dari pemilik. Abu salih kesal (kerana terburu-buru), berniat mencari pemilik epal tersebut untuk meminta maaf.  Hukuman Allah di akhirat kelak. Berharap jumpa pemilik dengan menghalalkan kesalahanya.

              Abu Salih menyusuri anak sungai. (yakin) jumpa sebuah ladang epal. Dahannya berjuntai menghala ke sungai.Yakin epal itu dtg dari pohon epal tersebut. Jumpa rumah sederhana, . “sudah tentu inilah dia pemilik buah epal yang aku makan”. Beri salam.  Lelaki tua,Abdullah sawmai. (kealiman & kewarakannya) Abu Salih menceritakan apa yang berlaku.(meminta maaf). Abdullah Sawmai sedia memaafkan, syarat tinggal bersamanya dan uruskan ladang epal selama 12tahun. Menerima syarat tanpa membantah sedikit pun. (abu salih). Melakukan kerja berat. (mendapatkan serta angkat air ke ladang, jaga dan membersihkan semak samun).  Genap 12 tahun, abu salih bertemu Abdullah meminta maaf sekali lagi. Abu salih senang hati berjaya laksanakn kehendak pemilik ladang epal itu. ‘aku boleh maafkan kamu, tp kmu mesti mengahwini anak perempuanku.’ (buta,pekak, cacat anggota badannya)
·                        Berat buat abu salih, namun menerima dengan anggap ujian dari Allah.  Nikah dengan ummu khair Fatimah, abu salih sabar dengan kekurangan isterinya. Terperanjat apabila melihat, isterinya tidak buta,tidak pekak dan tidak cacat. Sebaliknya cantik, sempurna sifat dan tidak pernah lihat perempuan secantik itu.Ragu-ragu, menyangka telah tersalah bilik. (menemui bapa mertunya.) Kata Abdullah sawmai, ‘aku katakan dia buta kerana ia belum pernah melihat lelaki sepanjang hayatnya kecuali ayahnya sendiri, dia aku katakan pekak keran belum pernah mendengar perkataan sesia dan nista, dia aku katakan cacat kerana belum pernah aku melihat ia melakukan dosa dan maksiat. Abu salih senang hati ‘inilah balasan Tuhan terhadap aku,kerana ketabahan dan kesabaran dlm segala ujian’.
·         Pengajaran :
-          Ganjaran buat orang yang soleh.
-          Orang yang bersifat jujur dan sabar.(ajaran islam)
-          Menemui barang kembalikan kepada pemiliknya.
-          Segera mencari pemiliknya dan meminta maaf.
-          Akhlak yang dipuji oleh agama islam.

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...