Sekirannya kita cinta kepada allah...
tetapi
sekirannya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai,
Tetapi sekirannya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut dicintai,
Begitu juga kepada orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh yang ditetapkan,
Oleh-Mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya
Adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu
kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar redha dalam
mengharungi ujian ,
Yang Engkau berikan kepadaku.
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku kepada seorang yang melabuhkan
cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku ,
Untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi
cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
pada-Mu.
Ya RabbulIzzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seorang yang merindui
syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku dalam merindui syurga-Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

