Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Monday, February 3, 2014

Cara Kita Berfikir..

Assalamualaikum... ana tertarik dengan cara "solusi" membentangkan cara untuk kta berfikir =) Ada dua kaedah : 1. Ana seorang yang positif apabila... 2. Ana seorang yang negatif apabila.. mari kita lihat apakah yang ingin disampaikan.. jazakallah "solusi" kerana perkongsian yang menarik..

1. Ana Seorang Yang Positif Apabila...

     * Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga hubungan     
        baik dengan Allah.
     * Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan 
         kehidupan peribadi.
     * Sering bahagia dan membahagiakan serta bersangka 
         baik  terhadap orang di sekeliling.
     * Hati kecil sering berkata: "kehidupan adalah hak setiap manusia. Kita perlu hidup 
        dalam  damai,kebahagian,kasih sayang dan saling menghormati."
     * Fokus dalam penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu 
        bertanggungjawab  berusaha mencari jalan penyelesaian.
     * Suka memberi.
     * "Auro" positif meresapi orang di sekeliling, sehingga mereka juga bersikap positf 
         seperti kita.

2. Ana Seorang Yang Negatif Apabila...

     - Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada 
        mendengar kata hati dan bisikan nurani.
     - Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.
     - Sering menderita dan bersangka buruk terhadap orang 
        sekeliling.
     - Hati kecil sering berkata : "kehidupan adalah satu kezaliman 
       dan penderitaan. Ia penuh dengan 
       dendam dan pemusuhan."
     - Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan 
        meletakkan salah pada lain.
     - "Angin" negatif telah menjdaikan orang lain benci kepada kita,bahkan mereka juga 
         berfikiran  negatif  sepert kita."

Permulaan 2014..insyaAllah

Assalamualaikum.. alhamdulillah bersyukur pada Allah, dpt ana teruskan perkongsian semula "lukisan alam ukasyah" rindu ana, sekarang dah bertukar.menggunakan kata ganti nama "ana" menyahut seruan School of tahfiz Al-Quran & Arabic Malaysia...=) ok la jom terus kepada topik kita.. mengenai "pelan tindakan" buat remaja n anak didik ana sekalian.. 

1. Suburkan budaya ilmu , hapuskan kejahilan.
      Allah berfirman yang bermaksud : "Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah 58:11)

2. Berlapang dada.
      Golongan ilmuwan yang berselisih pendapat, kami merindui sikap berlapang dada kalian. Indahnya akhlak tatkala kami melihat kalian menangani orang yang tidak sehaluan dengan meraikan pendapat masing-masing. Berhujah tidak pernah melibatkan emosi dan nafsu. Hujah, berpijak kepada Al-Quran dan Sunnah.

3. Cinta kepada diskusi.
      Jom kita menjadi generasi baru yang cinta kepada diskusi dan perbincangan ilmiah. banyak perkara yang kita perlu buat, selain dari leka dengan game..gadjet sahaja. Hargai masa yang dipinjamkan dengan lebih manfaat..=) insyaAllah. 

p/s "insyaAllah akan ada kebaikkan bersama wahai remaja"

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...