Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Monday, February 10, 2014

seluruh masa berselawat..

Ahlan Wasahlan muslimat..=) perkongsian hari ini berkisarkan mengenai kemulian berselawat. InsyaAllah...

     Mari kita renungi...Dalam al-Quran. amat langka sesuatu yang diperintahkan dimulakan dengan satu kenyataan bahawa Allah s.w.t turut sama "melakukan" perkara tersebut. Ini sahaja sudah cukup untuk menjelaskan betapa mulia fadhilat amalan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Malah, Iman al-Qurtubi menyimpulkan bahawa ayat di atas merupakan satu kenyataan betapa mulia diri Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

   Hubungan antara Rasulullah s.a.w. dengan kita sebagai umat Baginda amat rapat. Cuba fahami, bagi amalan solat yang merupakan satu ibadah yang bagitu tinggi kedudukannya disisi Allah, kita masih dituntut untuk berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda.

   Baginda bersabda : " Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu. "

    Ini menunjukkan seolah-olah Allah s.w.t. mahu agar setiap hari hubungan,ingatan dan ikatan hati kita kepada Baginda sentiasa diperkukuhkan lima kali sehari dan hari demi hari sehingga hari kita akan mencari dan bertemu dengan Baginda di medan Mahsyar nanti. Imam al-Nasa'i merekodkan satu riwayat daripada " Umair al-Ansari r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa daripada umatku yang berselawat atasku dengan hati yang tulus ikhlas, maka Allah akan menurunkan 10 rahmat kepadanya, ditinggikan 10 darjat, dituliskan 10 pahala untuknya dan dihapuskan 10 dosa. "


No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...