Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Sunday, December 11, 2011

kehebatan (Air Z....)

    Assalamualaikum..Antara kelebihan Air Zamzam... ( sambil minum air zamzam nie heheheh).Buat saya teringat nak share tentang air zamzam.. semoga kita beroleh manfaat bersama..
  • Zamzam myempurnakan niat peminumnya.. sabda Rasulullah s.a.w. :"Air zamzam itu utk org sebarang tujuan(niat) org yg meminumnya (dgn izin Allah)." (Riwayat ibn Majah)
  • Air yang terpilih utk myucikan hati Rasulullah s.a.w. beberapa kali.
  • Bertambah keberkatannya dgn ludahan Rasulullah s.a.w. ke dlmnya.
  • Tidak pernah kering walaupun jutaan 'human' meminumnya sjak zaman Ibrahim a.s hingga kiamat.
  • Byak minum air zamzam merupakan tanda iman dan bebas drpd munafik
  Mengikut para ulama nama zamzam ada 50..tp kan sya hanya ingat beberapa shja hehehehe.. maaf ye, ingin tahu lebih lanjut boleh la rujuk info di 'solusi' terbaik punya... =) Barakah,Mubarakah,Busyara, Maktumah,Haramiyah,Al-Rawa,Siqayat al-Haj,Syifa'u suqmin,Thahirah, Safiyah.. maaf dipinta andai tersalah kata.. semoga kita beroleh kebaikan dlm setiap perkara. InsyaAllah. =)

Friday, December 9, 2011

Qada solat .. =)



   Ahlan wa sahlan.. =) mcm dah lama tak ziarah 'lukisan alam...ukasyah' rindu rasanya.. Alhamdulillah.. di tahfiz msh stabil..cuma kdg kala diuji sedikit dgn pelbagai cabaran serta dugaan.. semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan..=) kali ini, saya ingin kongsikan masalah solat fardu yg diqadakan..                 disunatkan membaca kuat hanya pada waktu malam walaupun yang diqada adalah siang iaitu Zuhur dan Asar. Situasinya seperti berikut :
                   
            *Jika seseorang itu tertinggal solat zohor dan mengqadanya pada waktu malam , disunatkan dia membaca  dengan kuat...
                
            *Jika seseorang yang tertinggal solat subuh dan mengqadakannya pada waktu zuhur , disunatkan dia memperlahankan bacaan .
             
    Tetapi jika seseorang itu sempat mendapat satu rakaat solat subuh pada waktunya dan satu rakaat lsgi di luar waktunya, sunat dia menguatkan pada rakaat pertama dan membaca dengan perlahan pada rakaat kedua. Begitu juga, seseorang yang bersolat asar hanya sempat dua rakaat pada waktunya ,dan dua rakaat yang akhir pada waktu maghrib. Sunat dia memperlahankan bacaan pada dua rakaat pertama , dan menguatkan pada rakaat kedua.
    Dalam masalah solat-solat sunat pula , ia diqada seperti biasa . Jika ia adalah sunat yang disunatkan membaca dengan kuat , ia hendaklah dilakukan tidak kira bila ia diqada.Contohnya Dikuatkan bacaan solat sunat witir Ramadan yang diqada pada waktu siang .diperlahankan solat sunat Asar yang diqada pada waktu malam. Andai tersalah kata harap dimaafkan..=) InsyaAllah bertemu di lain waktu .. jom tunaikan solat serta mjaganya dgn sebaik-baik mungkin. Assalamualaikum w.b.t. =)



Monday, November 7, 2011

surah al-Ma'idah ..

kisah Habil&Qabil di dalam surah al-Ma'idah ayat 27 hingga 31 yang bermaksud:


   "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kpd mereka kisah (mengenai) dua orang anak adam (Habil&Qabil) yang berlaku sebenarnya,iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu sembahan korban (utk mendampingkan diri kpd Allah). Lalu diteirma korban salah seorang antaranya (Habil) dan tdk diterima (Qabil).Berkata (Qabil) 'sesungguhnya aku akan membunuhmu! (Habil) menjawab :'Allah hanya menerima (korban) daripada org yang bertakwa.
   "Demi sesungguhnya,jika Engkau menggerakan tanganmu kpdaku utk membunuhku,aku tdk sekali-kali akn menggerakan tanganku kpdmu utk membunuhmu.Sesungguhnya aku takut kpd Allah,Tuhan yg mentadbirkan sekalian alam.
"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dgn (membawa) dosa(membunuhku) dan dosamu sendiri.Maka dgn itu engkau termasuk dalam kalangan ahli neraka.Dan itulah dia balasan org zalim."
   "Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya.Oleh sebab itu, dia termasuk dlm golongan org rugi."

    "kemudian Allah hantarkan seekor gagak (menyuruhnya)mengorek di bumi supaya diperlihatkan kpd (Qabil) cara menguburkanmayat saudaranya.(Qabil) barkata: 'Aduhai celaka aku!alangkah lemah serta bodohnya aku,aku tdk tahu berbuat seperti gagak ini,supaya aku dpt mengkuburkan mayat saudaraku?' krn itu dia tergolong dlm kalangan org yang menyesal."



Sunday, November 6, 2011

Adab bangun tidur...

Mari bersama kita amalkan tips apabila' kita bangun tido..' =) insyaAllah. jom!!



  1. Menyapu tangan ke muka.-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :"Rasulullah bangun tidur,kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dgn tangannya (Riwayat Muslim)
  2. Berdoa-Huzaifah meriwayatkan:"Dan setiap kali bangun tidur,Baginda berdoa: (di atas)
  3. Bersugi (membersihkan Gigi)-Dalam sebuah hadis (yang bermaksud): "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur,Baginda akan membersihkan mulutnya dgn bersugi."
  4. Membasuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali-Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur,maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas,kerana kamu tidak tahu dimana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

  5. Beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung)-Rasulullsh s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bangun tidur,maka berwuduklah dan kemudian beristinthar sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya (Riwayat al-Bukhari)
                    

solat subuh..

Assalamualaikum sahabat..=) Alhamdulillah, selesai subuh ..hampir-hampir terlewat sebenarnya hehehe..namun Alhamdulillah dgn izin-Nya tersedarlah kita dri lena bgi mengerjakan 'yg wajib' melawan rasa mengantok,kedinginan pagi..=) -sujud syukur pada-Nya atas nikmat yg diberikan pada kita semua- Bukan mudah utk kita bangun diawal pgi,bersuci bagi menunaikan ibadah subuh..kita mestilah berperang dgn hawa nafsu dan syaitan sejak awal-awal lgi bagi mematuhi perintah Allah...namun jika kita ikhlas melakukanya kerana Allah..insyaAllah akan dipermudahkan urusan dalam menangani 'malas nak bangun subuh' heheheh.. latih diri agar sentiasa menepati waktu-waktu solat..jgn ada yg tertinggal, jga dgn sebaik-baiknya..marilah kita mencari kekuatan di sebalik solat subuh.InsyaAllah,umat yang menjaga waktu solat subuh akan teguh..=) selain itu, ada juga keunikan di sebalik solat subuh sahabat.. jom kita kongsikan bersama =)


  1. Solat subuh tdk berubah rakaatnya berlainan dgn solat Zuhur,Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kpd empat rakaat selepas Israk & Mikraj.
  2. Azan solat subuh berbeza daripada solat-solat yang lain.
  • Azan solat subuh ada penambahan 'solat itu lebih baik daripada tidur'
  • Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan Rasulullah dahulu.
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid.
Menandakan telah masuk waktu solat.

Masjid Nabawi.Bilal pertama ialah Ibn Ummu Makhtum.
Masjid Nabawi.Bilal kedua ialah Bilal bin Rabah.
Masih boleh makan sahur.
Waktu subuh telah masuk,tdk boleh makan namun msh boleh minum jika perlu.


       3.  Rasulullah s.a.w. mewariskan doa khusus selepas solat subuh buat umatnya.
                Maksudnya :"Tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah.Ia tdk memiliki sesuatu 
                sekutu.MilikNya jualah kerajaan dan segala puji.Dia Maha Menghidupkan dan 
                mematikan.Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Riwayat al-Termizi)
                Maksudnya : "Ya Allah,lindungilah aku daripada api neraka. "(Riwayat Abu Daud)
       4.  Rasulullah menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali solat subuh.Baginda 
            membaca sekitar 60-100 ayat.
       5.  Bacaan khusus surah dlm solat bagi solat subuh pada hari jumaat.Baginda membaca surah al-
            Sajadah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.


       6.  Solat subuh tdk boleh diqasarkan(dipendekan) dan dijamakan(digabung).

Saturday, November 5, 2011

Strive For Mardhatillah.. =)

    Assalamualaikum muslimat =) Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atap setiap kurnian-Nya pada kita semua. Alhamdulillah saya diterima untuk mengajar di sebuah Tahfiz pada bulan 12 ini. Syukronjazillah Ya Allah kerana membuka rezeki ini buat hamba Mu ini 'sujud syukur' pada-Mu Yang Maha Agung dan Maha Pemberi Rezeki. Ya Allah aku mohon pada Mu agar tabahkan hati ini dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yang mendatang... cekalkan hatiku.. berikan aku kekuatan.. tambahkan keyakinanku aku dalam memikul dan menjalankan amanahmu dalam menyampaikan ilmu.. 
    Sesungguhnya Engkau tambahkan jua ilmu buatku disamping aku menyampaikan ilmu. Ya Allah berikan aku keyakinan sesungguhnya kadang kala masih ada persoalan 'adakah aku mampu' ..'adakah aku layak'... hilangkan segala keraguan itu Ya Allah kerana aku benar-benar ikhlas melakukan kerana-Mu. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku,tenangkan hatiku, dan semoga aku mempelajari sesuatu yang lebih baik dalam mengecapi impianku. Kepada-Mu Ya Allah aku bermohon. Amin Ya Rabb =) -sujud syukur pada-Mu-
   Mencari sinar islamic dalm kehidupan seharian dalam menjadi muslimah sejati & melanjutkan pelajaran ke bidang Psikologi berteraskan Al-Quran & Sunnah. "Habluminallah , Habluminannas."
 
Mulakan pagi kita dengan bersyukur pada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ciptaanNya, banyakkan berdoa agar segala urusan kita padahari ini dipermudahkan olehNya kerana segala apa yang kita lakukan adalah atas kehendak-Nya. Berdoalah dipagi hari kerana doa dipagi hari adalah doa paling mustajab.... 

...STRIVE FOR MARDHATILLAH....

Tuesday, October 25, 2011

Kerana Allah (berkasih sayang) =)

 Ahlan Wa Sahlan..singgah coretan seketika hehehe =)
kisah ini diriwayatkan drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.. Mari kita hayatinya bersama..
  
   Abu Hurairah meriwayatkan drpd Baginda s.a.w. bahawa ada seorg lelaki yang ingin menziarahi sahabat yg menetap di sebuah kampung yang lain.Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yg dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
  Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: 'ke mana kamu ingin pergi?' jawab lelaki itu jujur: 'aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.' malaikat bertanya lagi: 'adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?' lelaki itu menjawab :'Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya krn Allah.'
  Berkata malaikat: "Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kpdmu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana -Nya. " (Riwayat Muslim)
  
    Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi drpd persahabatan yang terbina.Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu.Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya mampu memberi ganjaran terbaik.. InsyaAllah. =)

  

Monday, October 24, 2011

pergertian disebalik 's.a.b.a.r'

Ahlan Wa Sahlan =) baru-baru nie pelbagai ujian dan dugaan yg hadir dri segi pekerjaan terutamanya =) namun ada sesuatu yg membuatkan saya bertahan.. ha'a nak tau tak apa..hehehe... 's.a.b.a.r'  "jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan: 'drpd Allah kta dtg dan kpd Allah jg tempat kta kembali.'" (surah al-Baqarah 2:156) jom renungi bersama, salah kata harap dimaafkan...syukranjazillan buat semua teman yg sudi singgah ziarah.. 'hablum minallah, hablum minannas'


RENUNGI...
S : Syg akan Allah
A : Amalkan sifat mahmudah.
B : B'amal walaupun ia sedikit tetapi berterusan.
A : Al-Quran & sunnah sentiasa di hati.
R : Redha atas semua ketentuan Allah. 


JAUHI...
S : Syaitan
A : Angkuh & sambung
B : Bersifat negatif
A : Angan-angan yang melalaikan.
R : Riyak.



Marilah kita mjdi insan yang Rabbani =) namun tdklah semudah kta memetik jari kan.kita perlu bersabar & bdoa kpd Rab al-'Alamin..pcaya pda qadak & qadar Allah sbg seorg yg bgelar muslim.

Husn al-Khatimah..

  Assalamualaikum w.b.t. =) Alhamdulillah bsyukur ke hadrat Ilahi ats setiap nikmat yg dikurniakan-Nya kpd kta semua.Rindu pda 'lukisan alam...ukasyah' mcm dah lma tak update kan..ku panjatkan rasa syukur krn msh berkesempatan meneruskan kehidupan dan dptlah sya mencoretkan sesuatu utk dikongsi dgn teman-teman.. =) 'ilmu yg diperolehi InsyaAllah akan dikongsikan bersama' kembali pda topik hehehe..Apa itu 'Husn al-Khatimah'? ha'a nie nak share, mcm biasa 'sharing is caring' hehehe...
  Mati dlm iman mjdi impian dn harapan kta semua sebagai muslim =) 'Husn al-Khatimah' iaitu kesudahan yg baik.utk mendapatkan 'husn al-khatimah' kita perlu usaha dri awal2,yelah kan...kematian itu kdg2 kala dtg tiba-tiba.hanya Allah yang Maha Mengetahui.semoga hidup kita selesai dan 'happy ending' kata solusi =) jom hayati bsama...dan berusaha memperolehnya drpd Aisyah, nabi Muhammad s.a.w. bersabda:"wahai manusia lakukanlah amalan sesungguhnya Allah tdk jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yg paling Allah sukai ialah amalan yg berterusan walaupun sedikit." =)
  Tanda-tanda husn al-Khatimah:-

  • Diakhiri dgn lafaz syahadah.
          -Drpd Mu'az r.a bsabda Rasulullah s.a.w. yg bmaksud:" sesiapa yg pda akhir kalimatnya    
            mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimaksudkan ke dlm syurga (riwayat abu daud&al- 
            hakim).

  • Dahinya berkeringat.
          -Bdsarkan hadis drpd Buraidah ibn al-khasib bkata :"Allahuakhbar,sungguh aku telah 
            mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya): 'matinya seorang Mukmin adalah dgn 
           berkeringat dahinya."  (Riwayat Ahmad,al-Nasa'i, al-Timizi, Ibn Majah dan lain2).

  • Mati pada hari jumaat @malam jumaat.
          -Sabda Rasulullah yg bermaksud:"tdklah seorg Muslim yg wafat pada hari jumaat@malam 
           jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkanya drpd seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

  • Mati dalam keadaan sdg melakukan ibadah.
          -seperti mati ketika solat,puasa,umrah,haji or jihad.

Sunday, October 9, 2011

Perintah...

Perintah Al-Quran agar berhukum dengan As-Sunnah

Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk berhukum dengan As-Sunnah, diantaranya:

1. Firman Allah :
Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)

2. Firman Allah :
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat:1)

3. Firman Allah :
Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Q.S. Ali Imran: 32)

4. Firman Allah :
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al Anfal: 46)

5. Firman Allah :
Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)

Tuesday, October 4, 2011

surah-surah amalan yg "menyelamatkan"..

Bismillahirahmanirrahim.
Surah Yassin..
-menyelamatkan dari dahaga di padang masyar dimana panas teriknya sang matahari sehingga tdk dapat digambarkan.
Surah ad-Dukhan..
-myelamatkan huru hara dari hari kiamat.
-menyelamatkna dari azab sewaktu malaikat yang ditugaskan untuk menarik umat manusia ke dalam neraka.
Surah al-Waqiah..
(lebih elok lagi jika dibaca pada waktu dhuha)
-menyelamatkan dri fakir dan miskin.


Surah al-Mulk..
-menyelamatkan dari seksaan azab kubur.
Surah al-Kauthar..
-menyelamatkan dari persengketaan.
Surah al-Kafirun..
-menyelamatkan daripada mati dalam kekafiran.
Surah al-Ikhlas..
-menyelamatkan diri daripada mempunyai sifat-sifat munafik.


Surah al-Falaq..
-menyelamatkan daripada dipenjarakan.
(tidak dapat dijangka kerana mungkin ada yang berbuat khianat,jdi berlindunglah dgn nama Allah)
Surah al-Nas..
-menyelamatkan diri daripada penyakit was was.
Surah al-Fatihah..
-menyelamatkn diri daripada kemurkaan Allah s.w.t.

Tuesday, September 27, 2011

16 sifat... =)


Assalamualaikum.. =)segala pujian itu hanya milikMu Wahai Tuhan penentu segala takdir.Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman,Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabat. bersyukur kepda Allah, dptlah saya mencoretkan sesuatu dalam 'lukisan alam...ukasyah' =) semoha ilmu ini dpt dikongsikan bersama..mohon maaf andai tersalah kata. '16sifat-sifat org bertakwa'..


  • Beriman dengan perkara ghaib.
  • Mendirikan solat.
  • Menafkahkan sebahagian rezeki.
  • Beriman kepada al-Quran & Kitab.
  • Menyakini adanya kehidupan di akhirat.
  • Menepati janji apabila berjanji.
  • Bersabar dalam menghadapi kesempitan,penderitaan & peperangan.
  • Menahan api kemarahan daripada menguasai diri.
  • Memaafkan kesalahan orang lain.
  • Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji.
  • Memilih keampunan Allah setelah melakukan perbuatan dosa&berazam takkan meneruskan perbuatan tersebut.
  • Sentiasa beristighfar.
  • Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman dalam kalangan manusia.
  • Mengagungkan syiar-syiar Allah.
  • Tidak bersifat sombong&tidak melakukan kerosakan di muka bumi.
  • Memandang kehidupan akhirat yang kekal & hakiki berbanding dunia.
Mari bermusahabah,masih byk yang harus diusahakan dari sekarang.jom! bersama saya menyusun sifat-sifat di atas,dan terapkan ianya di dlm jiwa kita..segeralah mengorak langkah sebelum terlambat wahai diriku..=) InsyaAllah,semoga Allah permudahkan urusan kita.
Sekalipun kta belum bertakwa,tetapi jika kita meniru & mencintai cara hidup org yang bertakwa,InsyaAllah kita akan tergolong bsama mereka.. wallahu a'alm. =)


Saturday, September 24, 2011

kisah pohon epal...

Ahlan Wa Sahlan...=) dgrkn 'kisah pohon epal' yg ingin saya kongsikn bsama teman..maaf dipinta andai tsalah kata..=) suatu masa dahulu tdpt sebatng pohon epal yg amat besar.seorg kanak2 lelaki begitu gemar bmain di sekitar pohon epal itu setiap hari.dia memanjat pohon tersebut.anak lelaki tsebut begitu myayangi tmpt permainanya.pohon epal itu jg myukai anak tersebut.
  Anak lelaki itu sdh besar dn mjd seorg remaja.dia tdk lgi mhabiskn msanya setiap hari bmain d sekitar pohon epal tersebut.namun begitu,suatu hari dia dtg kpd pohon epal tersebut dgn wajah yg sedih.'Marilah bmain-main dsekitarku' ,ajak pohon epal itu."aku bkn lgi kanak2,aku tdk lgi gemar bmain dgn engkau",jwb remaja itu. "Aku mahukn permainan.aku perlukan wang utk membelinya," tambah remaja itu dgn nada yg sedih.lalu pohon epal itu bkata.
  "kalau begitu,petiklah epal2 yg ada pdaku.juallah utk mdptkn wang.dgn itu,kau dpt mbeli pmainan yg kau inginkn."remaja itu dgn gembiranya memetik semua epal dpohon itu dn pergi dri situ.dia tdk kembali lgi selepas itu.pohon epal itu berasa sedih.masa blalu lgi dn suatu hari,remaja itu kembali.dia semakin dewasa.
   pohon epal itu merasa gembira."marilah bmain di sekitarku," ajak pohon epal itu."aku tiada waktu utk bmain.aku tpaksa bekerja utk mdptkn wang.aku ingin mbina rumah sbg tempat plindungan utk keluargaku.bolehkah kau menolongku?",tanya anak itu.
   Maafkn aku,aku tdk mpunyai rumah.ttpi kau boleh memotong dahan2ku yg besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya,"pohon epal itu mberikan cadangan.lalu,remaja yg semakin dewasa itu memotong kesemua dahan epal itu dan pergi dgn gembiranya.pohon epal itu pun turut gembira ttpi kemudiannya berasa sedih krn remaja itu tdk kembali lgi selepas itu.
  suatu hari yg panas,seorg lelaki dtg menemui pohon epal itu.dia sebenarnya adlah lelaki yg pernah bermain dgn pohon epal itu.dia telah matang dan dewasa."marilah bmain di sekitarku," ajak pohon epal itu."maafkan aku,ttpi aku bkn lgi anak lelaki yg suka bmain di sekitarmu.aku sudah dewasa.aku mempunyai cita-cita utk belayar.malangnya,aku tdk mpunyai bot.bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
   "aku tdk mpunyai bot utk dberikn kpd kau.ttpi kau boleh memotong batang pohon ini utk dijadikn bot.kau akn dpt belayar dgn gembira,"kata pohon epal itu.lelaki itu merasa gembira dn menebang batang pohon epal itu.dia kemudianya pergi dri situ .dan tdk kembali lgi selepas itu.namun begitu pada suatu hari,seorg lelaki yg semakin dimamah usia,dtg menuju pohon epal itu.dia adalh anak lelaki yg pernah bermain di sekitar pohon epal itu.
  "maafkan aku.aku tdk ada apa2 lgi utk dberikan kpd kau.aku sdh mberikn buahku utk kau jual,dahanku utk kau mbuat rumah,batangku utk kau membuat boat.aku hanya ada tunggul dan akar yg hampir mati..kata pohon itu dgn pilu.aku tdk mahukn epalmu krn aku sdh tiada gigi utk memakanya,aku tdk mahu dahanmu krn aku sdh tua utk memotongnya,aku tdk mahu batang pohonmu krn aku tdk bupaya utk belayar lgi,aku merasa lelah dn ingin bistirehat,"jwb lelaki tua itu.
   "jka begitu,istirehat di perduku,"kata pohon epal itu.lalu lelaki tua itu ddk bistirehat di situ.mereka bdua menangis kegembiraan.

=) mcm ne,faham tak dsebalik kisah pohon epal,dgn bdk lelaki itu..sebenarnya pohon epal itu adalah kedua2 ibu bapa kta.bila kta msih muda,kta suka bmain dgn mereka.ketika meningkat remaja,kta perlukan bantuan mereka utk meneruskn kehidupan.kta tinggalkn mrk,dn hanya kembali meminta ptolongan apb kta ddlm kesusahan.namun,mrk tetap menolong kta dn lakukn apa sja asalkn kta bahagia dn gembira dlm kehidupan.haragailah jsa ibubpa kpd kta.jgn kta hargai mrk semasa myambut hari ibu dan hari bapa ataupun ketika jenazah mrk dkafankn bri kta ingin memeluk serta mencium mrk dn mgucapkn bhw kta syg pda mrk,krn pda ketika itu mrk sdh tiada lgi di dunia..=)...........

Wednesday, September 21, 2011

hargai ibu bapa ( II )..=)

Kisah cinta Rasulullah SAW kpd ibu bapa...
  Rasulullah SAW sgt mencintai ibu bapanya.Baginda tdk pernah melihat wajah bapanya krn bapanya meninggal ketika baginda berusia dua bulan dlm kandungan.Baginda lahir sbgai anak yatim.Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda msh kanak-kanak mjadikan hidup baginda yatim piatu.Namun,hal itu tdk pernah menyebabkan baginda lupa bahawa baginda pernah memiliki ibu bapa.
  Meningkat dewasa,baginda cuba mencari ruang b'bakti kpd insan yg sudah pun dimakan bumi.Rasa ksh san rasa ingin b'bakti mendorong baginda meminta izin kpd Tuhannya agar diperkenankan sebuah pengampunan kps ibu bapanya.Tuhan tdk m'izinkan namun masih mengizinkan baginda berbuat baik kpd mereka dgn mziarahi kuburnya.

Kisah kahmas bimbang ibunya disengat kala jengking..
  Penulis kitab Haliyyah al-Awliyaa,meriwayatkan sbgai berikut;"Khamas bin Hasan melihat seekor kala jengking di rumahnya,maka dia pun bniat utk membunuh atau menangkap kala jengking itu.Sygnya,kala jengking itu lebih dahulu masuk ke dlm lubangnya.
  Kahmas kemudian memasukan tgnnya ke dlm lubang kala jengking itu utk menangkapnya,Alih-alih dpt menangkapnya,kala jengking itu lalu menyengatnya.Dikatakan kpd kahmas:"Apa tujuanmu melakukan itu? Mengapa engkau memasukan tgnmu ke dlm lubang ini?Adakah engkau ingin mengeluarkanya?" kahmas menjawab:'aku takut kala jengking itu keluar dri lubangnya ,kemudian menghampiri ibuku lalu menyengat.'
 
 Kisah Ali bin Husain memuliakan ibunya...
  Dia ialah Abul Hasan Ali bin Husain bin Ali bin Abu Thalib atau disebut Zainal Abidin.Dia termasuk pemuka tabiin,yg sgt berbakti kpd ibunya.Suatu ketika dikatakan kpdnya:'sesungguhnya engkau adalah org yg sgt berbakti kpd ibumu.Tapi ,mengapa kami tidak pernah melihat kamu mkn bsama ibumu?' Dia mjawab:"Aku khuatir tgnku terlebih dulu mengambil makanan yg sudah dilihatnya,sehingga aku menjadi derhaka kpdanya." (Dipetik dri kitab Duurus Ramadhan)

hargai ibu bapa.. (i) =)


Assalamualaikum =) 'hargai mereka selagi mereka masih ada" itulah ungkapan yg saya teringat disaat ini..stp kali memandang wajah mak dan ayah,tgambar segala pengorbanan,penat lelah mereka dalam membesarkan saya..sekali pun tdk pernah mereka merungut,bahkan apb mereka berhadapan dgn ujian,segalanya disimpan rapi disebalik senyuman =) begitu mulia pengorbanan mereka,hingga akhir hayat sya pun,tak kan pernah dpt sya membalas segala pengorbanan dan jasa mereka..=) Hanya pda Mu Ya Allah, aku menadah tgn agar aku dpt menjadi anak yg solehah buat mereka.
  
"Berbaktilah kpd org tua kamu(ibu bapa),nescaya anak2 kamu akan berbakti kpd kamu.Dan peliharalah kehormatan isteri2 org lain,nescaya isteri2 kamu akn memelihara kehormatan mrk." (Riwayat al-Hakim)

Ramai teman-teman sya yg ibu bapa mrk telah tiada..pelbagai pengajaran,iktibar yg bleh kita perolehi..krn itu haragai mereka selagi mereka msh ada, jgn nanti kita myesal pula..sya hope post ini akn dpt m;ingatkan sya dan teman agar lebih menghargai ibu bapa kita.."mak...ayah..sya ingin mjdi anak yg solehah buat mak dan ayah...Redailah anakmu .." =) sya ingin kongsikan beberapa kisah dgn teman-teman..InsyaAllah kita akan muatkan dlm dua ruangan kali ini..salah dan silap harap dimaafkan ye..semoga kita semua menjadi anak-anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kita.Amin =)

   'Mahukah kalian jika aku beri tahukan kps kalian dosa-dosa yg paling besar?'Para sahabat mjwb:'Mahu,wahai Rasulullah,Beliau bsabda:"Menyekutukan (sesuatu) dgn Allah dan derhaka kpd kedua org tua." (Riwayat al-Bukhari)

 'Apb seseorg anak yg soleh melihat ibu bapanya dgn pandangan ksh syg,Allah menuliskanya pahala haji mabrur' (Riwayat al-Baihaqi)

'Reda Allah adalah pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah pda kemurkaan ibu bapa.' (Riwayat al-Hakim &al-Baihaqi)


p/s -Subhanallah, =) istimewanya ibu bapa disisi Allah hingga perintah agar berbuat baik pda mereka Allah menyatakan setelah larangan myekutukan-Nya.. baiklah kta bsambung di post kedua ..=) 

Sunday, September 18, 2011

-Ana Uhibbu-

      Ahlan Wasahlan..=) wah tjuk dah arab...posting pun kne coret dlm bahasa arab nie heheheheh.... tentulah...tidak,saya pun bru nak belajar..alhamdulillah,ada 'geng' yg beri tunjuk ajar =) 'ana uhibbu' ,pada siapa tu?? hihihi adalah...opps..opps..nie kena jelaskan nie,if tak ada salah anggap nie karang hehehe... (gurau ye) sekadar bkongsi ilmu, jika ada salah dan silap harap dimaafkan..aasif jiddan..=) Uhibbu maksudnya saya cinta or saya sayang..nah, ana uhibbu Rasulullah s.a.w ..oh ye,syukran jg wat sahabat yg sudi singgah ziarah..msh byk yg kurang,dan InsyaAllah..proses dlm mencari ilmu Allah itu tdk akan pernah mati..selagi Allah memberi keizinan pada diri ini.=) InsyaAllah..

  Rasa Cinta dan kasih kepada Baginda Rasul sepatutnya direalisasikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” 
   Antara sifat dan Amalan Rasulullah yang boleh kita contohi ialah,sentiasa menunjukan rasa hormat pada teman. sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim,fakir dan org miskin.Sentiasa bsifat benar dan amanah dlm menyampaikn perintah Allah SWT.Sentiasa mjauhkan diri dari bcakap bohong,dengki,kianat,mencaci,bakhil dan malas. "Kenangilah perjuangan Rasulullah dlm usaha myampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan.Jgn hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.."Buktikan kasih kita kpd Baginda bukan sekadar ucapan yg hanya indah di bibir.Sebagai umatnya kita sama-sama mbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW..

     “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, karena aku tahu bahwa engkau pasti akan masuk ke dalam surga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam surga, aku khawatir tak akan bisa lagi melihat wajahmu, karena derajatku jauh lebih rendah dari derajatmu.”
    Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sembarang jawaban sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; yaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. 4:69) 
Moga kita semua peroleh syafaat Baginda di akhirat kelak.Amin.


-pokok iman-

     Ahlan Wasahlan =) hari nie saya nak share tentang pokok iman... tp sebelum2 andai ade salah kata,harap dimaafkan ye..
     Akhlak umpama buah pda pohon iman.Akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman,batangnya adalah rukun islam,dahanya persoalan fardu kifayah,rantingnya umpama amalan2 sunat manakala akhlak adalah buahnya.
     Selain dari itu,belajarlah dri kesabaran dan ketabahan sebatang pohon.Pohon yg besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
    Bermula drpd benih yang kecil,ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akrnya.sebelum menjadi sebatang pohon yg kuat,ia belajar menahan teriknya matahari,kuatnya angin,dinginya hujan dan ganguan drpd manusia jg haiwan.Setelah melalui semua itu,drpd sebiji benih yg tdk terlihat,menjadi tunas yg bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
     Betulkan wahai teman... =) jdi marilah kita mjd manusia yg tdk kalah dgn keadaan dan suasana. Seperti ikan dilautan masin,meskipun disekitarnya masin,namun dagingnya tetap tawar. semoga ilmu Allah ini dpt dikongsi bersama dgn teman2 ye...InsyaAllah.

Saturday, September 17, 2011

pesanan..


"Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…"

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut


Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu"


                                                                          Saidina Umar R.A





"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya"
Yusuf al-Qardawi

Thursday, September 15, 2011

"kemanisan bersabar"

Assalamualaikum..=) Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya =) disaat ini saya utuskan post ini buat tatapan sahabat yang jauh dimata, dekat dihati, saya doakan agar kamu bersabar dalam meharungi setiap ujian.. semoga diberi kekuatan dalam memerangi segala kelemahan ..InsyaAllah.. =) maaf andai ada salah dan silap ye..=) sesungguhnya hanya Allah Azzawajala...
    Sabar itu sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat disentuhi oleh tangan, tidak boleh dirasai dengan lidah dan tidak mampu dilihat dengan mata. Sabar itu juga dikatakan sesuatu yang indah bagi mereka yang menghayati kesannya. Ia juga disebut sesuatu yang manis bagi mereka yang dapat ‘merasainya’. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak mempunyai sifat sabar dalam diri mereka sebaliknya berbahagianya golongan bersabar kerana sifat sabar itu begitu indah apabila Allah mencukupkan ganjaran pahala yang tidak terhingga bagi mereka yang bersabar.                                            
      Allah berfirman:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar 39:10;)
      Hendaklah manusia itu memupuk sifat sabar di dalam diri. Setiap ketika kita akan berhadapan dengan ujian, segala macam cubaan, pelbagai bentuk musibah. Maka bersabarlah.Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabarlah ketika anda sedang berhadapan dengan Allah ketika ibadah solat, cukupkan syarat dan rukunnya, berusahalah supaya dapat merasai manisnya solat ketika anda sabar menyudahinya.Begitu juga bersabar dalam menjauhi maksiat kepada Allah, bermujahadahlah menahan diri ketika timbul keinginan ingin melakukan perkara yang dilarangNya. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu ada nikmat kemanisannya.
       Dan bersabar juga dalam menghadapi musibah, ujian, dugaan, dan cubaan dari Allah. Datangnya ujian itu untuk mematangkan kita, untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, ada sedih dan gembiranya, ada pilu dan bahagianya. Jadikan sabar dalam menghadapi semua musibah ini sebagai tanda kasih sayang dan cintanya Allah kepada kita. Maka bersabarlah dalam apa jua bentuk keadaan yang diberikan Allah kepada kita hambaNya.Salah satu nasihat Lukman kepada anaknya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikutan yang bermanfaat adalah juga tentang sifat sabar.

      Allah berfirman: "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (surah al-Lukman 31:17;) Setiap manusia itu tetap akan diuji oleh Allah. Ujian yang pelbagai dalam bentuk yang berbeza. Gembiralah mereka yang dapat menahan ujian dan mampu menghadapinya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang tidak mampu, malah mengeluh bahkan sampai menyalahkan takdir.Persoalan ‘kenapa mesti aku! kenapa mesti aku!’ selalu bermain dibibir mereka yang lemah keimanan dalam menerima ujian. Hindarilah dan jauhilah dari bersifat lemah. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian.
      Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseoarang melainkan sesuai dgn kesanggupanya." (Surah al-Baqarah 2:286)
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran. 
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Asyik sabar je, penat dah sabar ni!" =)
        Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
       Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat. 
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula tertimpa musibah.” (H.R Al-Bukhari) 

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...