Ahlan wa sahlan.. =) mcm dah lama tak ziarah 'lukisan alam...ukasyah' rindu rasanya.. Alhamdulillah.. di tahfiz msh stabil..cuma kdg kala diuji sedikit dgn pelbagai cabaran serta dugaan.. semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan..=) kali ini, saya ingin kongsikan masalah solat fardu yg diqadakan.. disunatkan membaca kuat hanya pada waktu malam walaupun yang diqada adalah siang iaitu Zuhur dan Asar. Situasinya seperti berikut :*Jika seseorang itu tertinggal solat zohor dan mengqadanya pada waktu malam , disunatkan dia membaca dengan kuat...
*Jika seseorang yang tertinggal solat subuh dan mengqadakannya pada waktu zuhur , disunatkan dia memperlahankan bacaan .
Tetapi jika seseorang itu sempat mendapat satu rakaat solat subuh pada waktunya dan satu rakaat lsgi di luar waktunya, sunat dia menguatkan pada rakaat pertama dan membaca dengan perlahan pada rakaat kedua. Begitu juga, seseorang yang bersolat asar hanya sempat dua rakaat pada waktunya ,dan dua rakaat yang akhir pada waktu maghrib. Sunat dia memperlahankan bacaan pada dua rakaat pertama , dan menguatkan pada rakaat kedua.Dalam masalah solat-solat sunat pula , ia diqada seperti biasa . Jika ia adalah sunat yang disunatkan membaca dengan kuat , ia hendaklah dilakukan tidak kira bila ia diqada.Contohnya Dikuatkan bacaan solat sunat witir Ramadan yang diqada pada waktu siang .diperlahankan solat sunat Asar yang diqada pada waktu malam. Andai tersalah kata harap dimaafkan..=) InsyaAllah bertemu di lain waktu .. jom tunaikan solat serta mjaganya dgn sebaik-baik mungkin. Assalamualaikum w.b.t. =)
No comments:
Post a Comment