Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Thursday, April 14, 2011

doa..

Di sini, ada satu doa agar hati2 kita bersatu…. Semoga dengan doa ini, hati kita sentiasa bersama dalam rahmatNya. InsyaAllah, setiap yang baik itu datang dari Allah. Amin…


DOA RABITAH…
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMuJika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A’alamin..

selawat ke atas baginda..wahai teman






Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…
محمد يا رسول الله
Aku akan cuba mengikuti sunnahmu,
Dan lakukan yang terbaik untuk kehidupanku,
Sebagaimana apa yang engkau telah ajarkan kepadaku,
Akan aku sentiasa berdoa agar aku dapat mendekatimu
pada hari perhitungan itu melihatmu tersenyum,
Dan engkau akan melihat semula padaku…

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...