Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.
Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan kepada sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan. Pemikiran jumud begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan mengenai akhirat.
Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan ni'mat untuk merasai kedua-duanya. Dan seharusnya mereka memperolehi keberkatan ini hanyalah kerana pencarian mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit.
Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." (Surah al-Khafi : 28)
Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam. Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan itu pula, hendaklah jangan kedekut untuk dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di akhirat.Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini.
Wallahua'alam.
Bermula dari alam rohani,
Kita berjanji pada Ilahi,
Hidup didunia sebagai hamba,
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian.
Biarpun dalam beronak duriCobaan Tuhan silih berganti,Kerana iman tetap dihati,Demi akhirat betapa berat ditempuh jua.Telah menjadi resam dunia,Akan beruntung siapa yang leka,Iman termahal paling berharga..Perlu berkorban mendapatkannya.
Miskin dan kaya bukan ukuran,Iman dan taqwa nilaian Tuhan,Ganjaran syurga sedia menanti,Hidup disana kekal abadi,Kepada Tuhan panjatkan doa,Petunjuk jalan pada yang Esa,Moga dipimpin dipelihara,Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah.
kau cinta pertamaku ,kau cinta terakhirku ,tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita ,kau air dimataku. satu antara seribu ,tiada antara di dunia ,mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir.kau air dimataku ,satu antara seribu tiada antara di dunia ,mungkinkan terputus di tengah jalan mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir.mungkin kitakan berbeza haluan ,berakhirnya cerita percintaan ,segalanya ketentuan tuhan,mungkinkan terputus di tengah jalan ,mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir ,mungkin kitakan berbeza haluan berakhirnya cerita percintaan ,segalanya...2x..
mungkinkan terputus di tengah jalan ,mungkinkan terlerai tanpa ikatan ,usah ragu dengan takdir mungkin kitakan berbeza haluan ,berakhirnya cerita percintaan ,segalanya ketentuan tuhan..segalanya ketentuan tuhan....