Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Wednesday, November 28, 2012

bingkisan doa...


Sekirannya kita cinta kepada allah...

Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
 tetapi sekirannya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai,

Tetapi  sekirannya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut dicintai,
Begitu juga kepada orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh yang ditetapkan,
Oleh-Mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya Adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar redha dalam mengharungi ujian ,
Yang Engkau berikan kepadaku.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku kepada seorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku ,
Untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya RabbulIzzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai  aku dalam merindui syurga-Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kebikmatan indahnya bermunajat disepertiga malan terakhir-Mu


Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


kenapa ?? doa tidak dimakbulkan..


Antara sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana hati “Aku” menjadi buta disebabkan sepuluh perkara :

 

Ø  Aku mengenali Allah, tetapi Aku tidak menunaikan suruhan-Nya.
Ø  Aku mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi Aku meninggalkan sunnahNya.
Ø  Aku membaca Al-Quran, tetapi Aku tidak beramal dengannya.
Ø  Aku makan nikmatnya Allah, tetapi  Aku tidak bersyukur kepada-Nya.
Ø  Aku mengatakan syaitan musuh Aku, tetapi Aku tidak menentangnya.
Ø  Aku mengatakan syurga itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
Ø  Aku mengatakan neraka itu benar, tetapi Aku tidak lari daripadanya.
Ø  Aku mengatakan mati itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
Ø  Aku bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi Aku melupakan keaiban diri sendiri.
Ø  Aku mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabat Aku) Aku tidak mengambil iktibar daripada mereka.


ambil waktu...


Ambilah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..




Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian..
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati..
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa terisi..
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
Ambillah waktu untuk beramal..itu adalah kunci menuju syurga..



Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

kurang khusyuk....


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, November 12, 2012

pengajaran godaan iblis..


1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.
2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.
3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.
4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :
 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”
 Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

Thursday, October 11, 2012

9 mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…
…..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhan kepada kedua ibu bapa. 
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasa yang ikhlas kepada Allah S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku  di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di  keadaan binggung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah S.W.T. lalu 
 dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah sifat silaturahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
 



BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Thursday, October 4, 2012

Ibrahim dengan burung gagak..


Ø  Zaman dahulu, ada seorang pemuda Ibrahim bin Adham.
Ø  Berpegang kuat pada agama, banyak ibadat, siang berpuasa & malam solat sunat.
Ø  Suatu hari, Ibrahim ke suatu padang. Beliau berhenti di kwsn lapang & membentang sehelai kain (meletak bekalan makanan atasnya.)
Ø  Kelakuan Ibrahim telah diperhatikan oleh seekor gagak. Tiba-tiba gagak itu dtg kearah Ibrahim,lalu membawa lari semua makanan jauh ke udara.
Ø  Ibrahim hairan dengan perbuatan gagak itu,Ibrahim menaiki kuda mengejarnya.
Ø  Gagak itu terbang tinggi (sehingga tiada bayangnya), Ibrahim mendaki gunung untuk mencari dimana gagak bersembunyi.
Ø  Di atas gunung, kelihatan gagak bersama seorang lelaki yang sedang terbaring (kaki & tangannya terikat dengan kuat).
Ø  Ibrahim mendekati nya, gagak pun terbang jauh meninggalkan mereka.
Ø  Ibrahim turun dri kuda & melepaskan ikatan itu. Ibrahim bertanya ‘siapa kamu?’ lelaki itu menjawab, ‘aku adalah seorang pedagang. Sekumpulan perompak telah merampas harta bendaku. Setiap hari aku didatangi seekor gagak yang membawa roti. Ia hinggap di atas dadaku dan menyuapkan roti ke dalam mulutku dengan paruhnya. Tuhan tidak membenarkan aku mati selama tujuh hari aku disini.
Ø  Ibrahim adham hantar lelaki tersebut ke tempatnya. Sejak itu Ibrahim telahbanyak .
Ø  Beliau bertaubat kpd Allah, lalu memakai pakaian sederhana dan meninggalkan kemewahannya.
Ø  Semua hartanya serta tempat tinggal diwakafkan. (hambanya juga dimerdekakanya.)
Ø  Sejak itu,Ibrahim pergi ke makkah untuk menuju ke kaabah.(tanpa bekalan dan kenderaan)
Ø  Kudanya telah diinfakkan ke jalan Allah. Beliau hanya membawa sebatang tongkat serta tawakal kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa.
Ø  Mujur Ibrahim selamat sampai makkah tanpa disusahkan dan menderita kelaparan.
Ø  Akhirnya Ibrahim menjadi wali Allah yang terkenal. Beliau banyak melakukan ibadat,kebaikkan dengan solat sunat Nawafil, sedekah, munajat dan zikrullah.

Ø  Pengajaran :
-tingginya sifat tawakal seorang hamba pada Tuhannya.
-Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang tinggi tawakalnya, sebaliknya member pertolongan.

Monday, October 1, 2012

hakikat solat..


SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim

·         Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
·         Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
·         Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
·         Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...