Assalamualaikum muslimat =) Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atap setiap kurnian-Nya pada kita semua. Alhamdulillah saya diterima untuk mengajar di sebuah Tahfiz pada bulan 12 ini. Syukronjazillah Ya Allah kerana membuka rezeki ini buat hamba Mu ini 'sujud syukur' pada-Mu Yang Maha Agung dan Maha Pemberi Rezeki. Ya Allah aku mohon pada Mu agar tabahkan hati ini dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yang mendatang... cekalkan hatiku.. berikan aku kekuatan.. tambahkan keyakinanku aku dalam memikul dan menjalankan amanahmu dalam menyampaikan ilmu.. Sesungguhnya Engkau tambahkan jua ilmu buatku disamping aku menyampaikan ilmu. Ya Allah berikan aku keyakinan sesungguhnya kadang kala masih ada persoalan 'adakah aku mampu' ..'adakah aku layak'... hilangkan segala keraguan itu Ya Allah kerana aku benar-benar ikhlas melakukan kerana-Mu. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku,tenangkan hatiku, dan semoga aku mempelajari sesuatu yang lebih baik dalam mengecapi impianku. Kepada-Mu Ya Allah aku bermohon. Amin Ya Rabb =) -sujud syukur pada-Mu-
Mencari sinar islamic dalm kehidupan seharian dalam menjadi muslimah sejati & melanjutkan pelajaran ke bidang Psikologi berteraskan Al-Quran & Sunnah. "Habluminallah , Habluminannas."
Mulakan pagi kita dengan bersyukur pada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ciptaanNya, banyakkan berdoa agar segala urusan kita padahari ini dipermudahkan olehNya kerana segala apa yang kita lakukan adalah atas kehendak-Nya. Berdoalah dipagi hari kerana doa dipagi hari adalah doa paling mustajab....
...STRIVE FOR MARDHATILLAH....