Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, August 2, 2011

..krn mhormati ramadhan..

Assalamualaikum...=) bsua kembali dibulan yg mulia ini..pose tak nie?? hehehe grau2 je ye.hri nak share kisah ..krn mhormati ramdhan.. sebelum2..selamat menjalni ibadah puasa wat semua teman yg sudi bkunjung ke 'lukisan alam ukasyah'..jazakillah wat semua =) jom tatapi kisah tauladan ini bsama..ilmu Allah,pastinya luas tbentang wat semua muslimin dan muslimat =)
  Tinggallh seorg majusi bsama anak lelakinya dikota mekah.suatu hari,di dlm bulan ramadhan,anaknya mkn buah epal di psr.ktk itu rmai org sdg mbeli dpasar.tba2 ayahnya melarangnya drpd mkn disitu.Ayahnya bkata,bulan ini bulan bgi umat islam utk bpuasa.jdi kta perlu mhormati bulan mereka.
  Tdk lma slpas itu,ayahnya meninggal dunia.suatu mlm,seorg ulama bmimpi btemu dgn lelaki majusi itu.lelaki itu memakai pakaian yg cantik dan sdg b'istirehat di dlm tmn syurga.ulama ini mberi salam dn lelaki itu pun mjwb.ulama itu btnya,bknkah dikau seorg majusi?Bgaimana engkau blh berada disini?lelaki itu tsenyum,lalu bkata,"benaraku adlah seorg majusi,ttpi krn berkat daku mhormati ramdhan,Allah telah m'ampunkn dosaku dan menempatkan daku di dlm syurga..katanya lgi,sampaiknlah salam ku pda anakku.
  Slps itu ulama itu tsedar drpd tidurnya.keesokanya dia pergi ke bjumpa anak majusi itu dan menceritakan apa yg telah dimimpikanya smlam.Anak majusi itu bkata "Alangkah baiknya tuhan kamu,sehingga ayahku hanya melakukn sdkit kebaikn mhormati ramdhan" telah diampunkn sgla dosanya.kemudian anak majusi itu memeluk islam.
  Subhanaallah...
Bulan ramdhan adalh bulan yg mulia,bulan yg berkat.wahai saudara seislamku,hormatilah bulan ramadhan dn bayangkanlah ibadah di bln ini krn kta tdk tahu sama ada akan bjumpa smula dgn ramadhan akn dtg..=)  salam ramadhan wat sahabat =)

Ramadhan.. =)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...