Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Monday, November 7, 2011

surah al-Ma'idah ..

kisah Habil&Qabil di dalam surah al-Ma'idah ayat 27 hingga 31 yang bermaksud:


   "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kpd mereka kisah (mengenai) dua orang anak adam (Habil&Qabil) yang berlaku sebenarnya,iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu sembahan korban (utk mendampingkan diri kpd Allah). Lalu diteirma korban salah seorang antaranya (Habil) dan tdk diterima (Qabil).Berkata (Qabil) 'sesungguhnya aku akan membunuhmu! (Habil) menjawab :'Allah hanya menerima (korban) daripada org yang bertakwa.
   "Demi sesungguhnya,jika Engkau menggerakan tanganmu kpdaku utk membunuhku,aku tdk sekali-kali akn menggerakan tanganku kpdmu utk membunuhmu.Sesungguhnya aku takut kpd Allah,Tuhan yg mentadbirkan sekalian alam.
"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dgn (membawa) dosa(membunuhku) dan dosamu sendiri.Maka dgn itu engkau termasuk dalam kalangan ahli neraka.Dan itulah dia balasan org zalim."
   "Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya.Oleh sebab itu, dia termasuk dlm golongan org rugi."

    "kemudian Allah hantarkan seekor gagak (menyuruhnya)mengorek di bumi supaya diperlihatkan kpd (Qabil) cara menguburkanmayat saudaranya.(Qabil) barkata: 'Aduhai celaka aku!alangkah lemah serta bodohnya aku,aku tdk tahu berbuat seperti gagak ini,supaya aku dpt mengkuburkan mayat saudaraku?' krn itu dia tergolong dlm kalangan org yang menyesal."



Sunday, November 6, 2011

Adab bangun tidur...

Mari bersama kita amalkan tips apabila' kita bangun tido..' =) insyaAllah. jom!!



  1. Menyapu tangan ke muka.-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :"Rasulullah bangun tidur,kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dgn tangannya (Riwayat Muslim)
  2. Berdoa-Huzaifah meriwayatkan:"Dan setiap kali bangun tidur,Baginda berdoa: (di atas)
  3. Bersugi (membersihkan Gigi)-Dalam sebuah hadis (yang bermaksud): "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur,Baginda akan membersihkan mulutnya dgn bersugi."
  4. Membasuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali-Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur,maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas,kerana kamu tidak tahu dimana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

  5. Beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung)-Rasulullsh s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bangun tidur,maka berwuduklah dan kemudian beristinthar sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya (Riwayat al-Bukhari)
                    

solat subuh..

Assalamualaikum sahabat..=) Alhamdulillah, selesai subuh ..hampir-hampir terlewat sebenarnya hehehe..namun Alhamdulillah dgn izin-Nya tersedarlah kita dri lena bgi mengerjakan 'yg wajib' melawan rasa mengantok,kedinginan pagi..=) -sujud syukur pada-Nya atas nikmat yg diberikan pada kita semua- Bukan mudah utk kita bangun diawal pgi,bersuci bagi menunaikan ibadah subuh..kita mestilah berperang dgn hawa nafsu dan syaitan sejak awal-awal lgi bagi mematuhi perintah Allah...namun jika kita ikhlas melakukanya kerana Allah..insyaAllah akan dipermudahkan urusan dalam menangani 'malas nak bangun subuh' heheheh.. latih diri agar sentiasa menepati waktu-waktu solat..jgn ada yg tertinggal, jga dgn sebaik-baiknya..marilah kita mencari kekuatan di sebalik solat subuh.InsyaAllah,umat yang menjaga waktu solat subuh akan teguh..=) selain itu, ada juga keunikan di sebalik solat subuh sahabat.. jom kita kongsikan bersama =)


  1. Solat subuh tdk berubah rakaatnya berlainan dgn solat Zuhur,Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kpd empat rakaat selepas Israk & Mikraj.
  2. Azan solat subuh berbeza daripada solat-solat yang lain.
  • Azan solat subuh ada penambahan 'solat itu lebih baik daripada tidur'
  • Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan Rasulullah dahulu.
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid.
Menandakan telah masuk waktu solat.

Masjid Nabawi.Bilal pertama ialah Ibn Ummu Makhtum.
Masjid Nabawi.Bilal kedua ialah Bilal bin Rabah.
Masih boleh makan sahur.
Waktu subuh telah masuk,tdk boleh makan namun msh boleh minum jika perlu.


       3.  Rasulullah s.a.w. mewariskan doa khusus selepas solat subuh buat umatnya.
                Maksudnya :"Tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah.Ia tdk memiliki sesuatu 
                sekutu.MilikNya jualah kerajaan dan segala puji.Dia Maha Menghidupkan dan 
                mematikan.Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Riwayat al-Termizi)
                Maksudnya : "Ya Allah,lindungilah aku daripada api neraka. "(Riwayat Abu Daud)
       4.  Rasulullah menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali solat subuh.Baginda 
            membaca sekitar 60-100 ayat.
       5.  Bacaan khusus surah dlm solat bagi solat subuh pada hari jumaat.Baginda membaca surah al-
            Sajadah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.


       6.  Solat subuh tdk boleh diqasarkan(dipendekan) dan dijamakan(digabung).

Saturday, November 5, 2011

Strive For Mardhatillah.. =)

    Assalamualaikum muslimat =) Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atap setiap kurnian-Nya pada kita semua. Alhamdulillah saya diterima untuk mengajar di sebuah Tahfiz pada bulan 12 ini. Syukronjazillah Ya Allah kerana membuka rezeki ini buat hamba Mu ini 'sujud syukur' pada-Mu Yang Maha Agung dan Maha Pemberi Rezeki. Ya Allah aku mohon pada Mu agar tabahkan hati ini dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yang mendatang... cekalkan hatiku.. berikan aku kekuatan.. tambahkan keyakinanku aku dalam memikul dan menjalankan amanahmu dalam menyampaikan ilmu.. 
    Sesungguhnya Engkau tambahkan jua ilmu buatku disamping aku menyampaikan ilmu. Ya Allah berikan aku keyakinan sesungguhnya kadang kala masih ada persoalan 'adakah aku mampu' ..'adakah aku layak'... hilangkan segala keraguan itu Ya Allah kerana aku benar-benar ikhlas melakukan kerana-Mu. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku,tenangkan hatiku, dan semoga aku mempelajari sesuatu yang lebih baik dalam mengecapi impianku. Kepada-Mu Ya Allah aku bermohon. Amin Ya Rabb =) -sujud syukur pada-Mu-
   Mencari sinar islamic dalm kehidupan seharian dalam menjadi muslimah sejati & melanjutkan pelajaran ke bidang Psikologi berteraskan Al-Quran & Sunnah. "Habluminallah , Habluminannas."
 
Mulakan pagi kita dengan bersyukur pada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ciptaanNya, banyakkan berdoa agar segala urusan kita padahari ini dipermudahkan olehNya kerana segala apa yang kita lakukan adalah atas kehendak-Nya. Berdoalah dipagi hari kerana doa dipagi hari adalah doa paling mustajab.... 

...STRIVE FOR MARDHATILLAH....

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...