Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Monday, June 18, 2012

salam israk mikraj..


 Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke 
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sunday, June 3, 2012

Resepi menjadi Fasilitator berkesan...



Apabila kita berusaha utk menjadi seorang fasilitator yang baik, kita kena kaji terlebih dahulu resepi-resepinya.. =) dulu semasa saya bergiat dalam aktiviti menjadi fasi..banyak juga kekurangan saya.. itulah yang dikatakan pengalaman kan.. Alhamdulillah berkat pengalaman,banyak yang saya pelajari... dan sekaligus memperbaiki setiap kekurangan sepanjang saya menjadi fasilitator...  Jom hayati dan jadikan ikutan setiap Resepi yang disajikan utk menjadi fasilitator yang berkesan.. Wah,dah macam nak masak-masak pula kan..hehehehe... ‘Jom berjuang menjadi fasilitator yang cemerlang’ InsyaAllah. =)

1.   Menetapkan kesepakatan dalam kalangan ahli.
2.   Meneguhkan kesepakatan dengan jitu.
3.   Mampu mengukur sejauh mana peserta ingin tahu lebih banyak mengenai sesuatu topik.
4.   Mewujudkan persekitaran yang semua orang bebas berbicara dan mengemukakan pendapat.
5.   Tidak takut terhadap konflik.
6.   Jangan menjadi terlalu dominan.
7.   Tidak terlalu kritis.
8.   Berfikir dengan cepat.
9.   Mampu mengubah suasana yang pasif menjadi aktif dan menyenangkan.
10.  Mampu menangani peserta yang suka mendominasi.
11.   Latih peserta menerapkan teknik mendengar dengan berkesan.
12.   Selalu berperanan sebagai  “katalis” iaitu pandai meramu campuran yang baik dan boleh  menyusupkan resepi sendiri.
13.  Tidak terlalu rigid dengan berfikiran ‘menang-kalah’.
14.  Sentiasa fokus dengan tujuan.
15.  Mahu mendengar.
16.  Menerima semua input peserta dan bijak memprosesnya.
17.  Jangan takut apabila tidak mempunyai jawapan untuk pertanyaan peserta.

Pengasihnya Allah...



Betapa kasihnya Allah kepada kita dapat diperhatikan dalam tuntutan perkara-perkara fardu iaitu:

 Perkara fardu yang sedikit.
<Solat wajib sebanyak lima kali sehari sahaja,malah ia boleh dikurangkan dan dihimpunkan mengikut keadaan.
<Pembayaran zakat sekadar 2.5% sahaja drpd harta,bukannya 25%.
<Pelaksanaan setahun,iaitu pada siang hari bulan ramadhan sahaja dan dibenarkan berbuka pada waktu malam.
Perkara fardu yang mudah.
<Mengerjakan solat fardu mudah kerna bilangan rakaat yg tidak banyak dan tidak mengambil masa yang lama.
<Mudah dan menguntungkan dalam pelaksanaan solat kerana mendapat manfaat fizikal (kerehatan badan) dan rohani (ketenangan hati).
<Berpakaian dgn apa jua jenis pakaian selagi mematuhi ketetapan syarak.
Begitulah sifar ibadat fardu yang memudahkan umat islam.Selain mudah,ia juga mempunyai manfaat dan kebaikkan untuk diri dan masyarakat. Pejam mata seketik, rasailah kasih sayang Allah yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati,lisan dan seluruh anggota badan agar membalas kasih sayang-Nya dengan ketaatan... =)
     

Tidak putus Saf..


Tidak putus Saf.. InsyaAllah..

Kanak-kanak dlm saf orang dewasa.. ‘tidak sah la saf nanti ustazah’ itulah kata-kata  segelintir anak didik saya.. =)  bila dah jadi warden nie,solat pun sentiasa berjemaah, timbul persoalan apb berbeze pendapat di kalangan pelajar saya.. walaubagaimana pun saya  yakin dgn meletakkan saf sebaris ,agar memenuhi saf dari dibiarkan kosong dan lebih baik diisi.. Alhamdulillah..akhirnya saya peroleh jawapan..dari SOLUSI.. yang byk membantu.. syukran warga solusi.. okait nie yg akan usatazah kongsikan dgn anak-anak didik sazah nanti apb kita bersua..insyaAllah.
    Berkenaan persoalan kanak=kanak yg berada di dalam saf orang dewasa sama sekali tidak menjejaskan sah atau tidak solat seseorang itu dan bukan sebagai pemutus saf solat seperti yang didakwa orang ramai.sandaran merujuk pada hadis Anas bin Malik r.a., beliau berkata:
“Aku solat bersama-sama anak yatim di rumah kami.Kami di belakang Nabi s.a.w. dan ibuku; Ummu Sulaym di belakang kami.” (Riwayat al-Bukhari)
     Hadis ini menerangkan bahawa ketika Anas bin Malik r.a. solat bersama Rasulullah dan seorang anak yatim,Anas berdiri bersama-sama anak yatim di dlm saf yang sama di belakang Rasulullah s.a.w. Jelas dibolehkan kanak-kanak berdiri bersama-sama orang dewasa di dalam satu saf. Jika tidak dibenarkan pastinya Anas akan berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Jelas di sini,Anas berdiri bersama anak-anak yatim utk membuat satu saf di belakang Rasulullah s.a.w.
     Manakala Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Ibn Abbas pada suatu masa beliau belum baligh pernah ikut,serta menyaksikan haji Wada’ dan beliau duduk bersama-sama(di barisan) org dewasa.” (Fath al-Bari, jil3,halaman 242). =) JOM SOLAT !!

perlu ke??



   Perlu ke? Bengkokkan sedikit jari ketika Tasyahud..

    Terdapat ulama yg berpendapat elok utk membengkokkan sedikit jari telunjuk ketika dinaikkan sbg tanda tawaduk, bersumberkan dalil berikut:  Daripada Malik bin Numair dan ayahnya berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w. meletakkan siku kananya di atas paha kanan, sambil mengangkat jari telunjuknya yg telah dibengkokkan (ditundukkan sedikit) jarinya;(Riwayat Abu Daud,Ahmad dan Ibn Hibban)
    Justeru,berdasarkan riwayat ini dan beberapa pendapat ulama berkenaan,harus utk beramal dgnnya dengan niat memperoleh ganjaran pahala.


    Melihat Jari ketika Tasyahud Pula Bagaimana?
      Hadis Nabi s.a.w. yg bermaksud “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila bertasyahud,Baginda meletakkan tangan kirinya di atas paha kiri,tangan kanannya di atas paha kanan dan mengisyaratkan dgn jari telunjuknya serta tidak melepaskan pandangan matanya drpd jari isyaratnya” (Riwayat Abu Daud,Ibn Hibban dan Ahmad)
      Sunat utk melihat jari telunjuk semasa menaikkan jari ketika tasyahud berdasarkan jari di atas. Demikian yg dipegang oleh Imam ai-Baihaqi,Imam al-Nawawi dan kebanyakkan ulama mazhab Syafi’i.Jadi,harus berpegang kpd ijtihad sebahagian besar ulama hadis berkenaan sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tasyahud.
                                                    Wallahu’alam.

International Islamic School Robot Olympiad 2012. (National Science Centre)


Assalamualaikum w.b.t.  wahai sahabat yang dirahmati Allah s.w.t.  =) baru-baru nie STAM menghantar wakil mengikuti competition robotic international islamic di pusat Sains Negara. Saya & Sir wari sebagai mentor kepada enam orang pelajar STAM yang terpilih.. diiringi ustaz Ardi , ustaz Yusuf, ustazah Karimah & ustazah Zaidah.. Alhamdulillah bila ada rakan seperjuangan yang turut ikut menyokong rasa lebih bersemagat nak lakukan dengan lebih baik..sekaligus mengharapkan kejayaan buat pertama kalinya juga STAM join sekali competition sebegini.. empat hari kami ulang alik ke pusat sains, macam-macam dugaan dan keindahan yang kami perolehi.. bertemu En Yuda yang merupakan tenaga pengajar kami di sana adalah satu anugerah,kerana dgn bantuan En Yuda la kami dpt menghasilkan robot AroX -1 =) seronok sgt...sgt...sgt... pengalaman yang tak pernah saya lupakan.. apatah lagi saya dulu ambil  jurusan dip.kejuruteraan elektronik.. nie la masanya nak perah otak semula dengan ilmu yang ada di dada.. ‘power  ayat’ hehehehe .Alhamdulillah serba sedikit dpt membantu saya mengajar dan berkongsi dgn anak murid..=) Alhamdulillah berkat sabar..usaha..tak putus asa.. kami berjaya mendapat tempat ke3.
Tak terkata saya, hanya mampu menadah tangan,sujud syukur, setitis air mata membasahi pipi tanda syukur pada Nya atas kejayaan yang diberikan.. Alhamdulillah. =) TANIAH  kepada my Team ‘STAM GROUP ROBOTIC  ISLAMIC’  insyaAllah if ade rezeki kita cuba lakukan lebih baik pada masa akan dtg.. ucapan syukranjazillan buat semua warga STAM yang menyokong serta mendoakan kejayaan kami... UMMI, pengetua STAM..syukran kerana siapkan bajet wat kami.. hehehe.. semoga ada bajet lagi.. di bawah saya sertakan kenangan kami di sana dan keseronokan di Pusat Sains Negara..Jom kita ke alam sains... akhir kata Maassalamah. 




Pengiraan Waktu Dhuha.



  Assalamualaikum.. jika tak salah saya,sebelum nie saya ada kongsikan mengenai solat dhuha.. dan doa dhuha kan =) jadi sekarang jom kita buat pengiraan pula.. jom kita dhuha!!

Waktu solat duha adalah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari ke arah barat. Pengiraan waktu duha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan dengan waktu syuruk dan waktu subuh atau secara purata waktu duha bermula 28minit selepas waktu syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu zuhur.
Cth pengiraan berdasarkan formula astronomi:
     Waktu Duha: waktu syuruk+ 1/3(waktu syuruk-waktu subuh)
Cth jadual waktu sembahyang di mukah(zon4)pada 16mac2011: waktu syuruk: 0638 am
Waktu subuh: 0524 am

Waktu Duha di Mukah pada 16mac2011ialah :

          waktu syuruk+ 1/3(waktu syuruk-waktu subuh)
           =0638+1/3 (0638-0524)
           =0638+1/3 (74)
           =0638+25minit
           =0703=7:03 am




   




   Assalamualaikum... Alhamdulillah dpt lagi saya meneruskan penulisan serta perkongsian ilmu di dalam ‘Lukisan Alam Ukasyah’ =) Ya Allah, dah lama saya tak menjengah blog ... itulah,bila dah start mengajar di tahfiz..jaga anak murid dah jarang dpt buka blog..=) tapi ape-ape pun ‘lukisan alam ukasyah’ sentiasa di hati hehehe.. baru nie sambutan hari guru.. Alhamdulillah,seronok juga buat pertama kali saya menyambutnya... ‘Durian Runtuh’  penuh satu meja hadiah dari anak-anak didik.. syukran buat semua dari ustazah ye.. resam kehidupan juga buat saya,apabila saya hadapi dugaan dengan segelintir  insan .. =) dugaan + sabar = insyaAllah.. semoga semua menjadi baik seperti biasa.. 
    Ya Allah mohon kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang.. kehidupan di tahfiz benar-benar mengajar saya lebih bersedia dalam hadapi dugaan.. pelajari ilmu agama dgn lebih baik.. subhanaAllah, itulah nikmat yang terindah saya perolehi.. sujud syukurku pada-Mu Ya Allah. =) okait jom ! saya nak kongsikan ‘tip terapkan sabar Rasulullah s.a.w.’  


Tip : “Aiman,bersabarlah sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabar. Rasulullah s.a.w. dahulu pernah diejek dan dibaling batu oleh suatu kaum ketika diajak beriman kepada Allah s.w.t ,hinggakan Baginda terluka dan darah mengalir. Jika nabi hendakkan kehancuran bagi mereka,malaikat sudah sedia menunggu arahan.Tetapi Baginda tidak mahu. Sebaliknya Baginda mendoakan mereka: ‘Ya Allah,ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mahu.’ 



Formula..


 



Formula menutup Aurat.
 Batasan Aurat;
Lelaki dengan lelaki

Wanita dengan wanita

Antara pusat hingga lutut.

Lelaki di hadapan wanita Mahram

Wanita di hadapan lelaki Mahram

Antara pusat hingga lutut.

Lelaki di hadapan wanita ajnabi
Antara pusat hingga lutut.
Wanita di hadapan lelaki ajnabi
Seluruh badan kecuali muka & tapak tangan.
Wanita di hadapan wanita bukan islam
Seluruh badan kecuali muka & tapak tangan.
Wanita di hadapan kanak-kanak
Antara pusat hingga lutut.

Tutup aurat + niat ikhlas kerana Allah + pelaksanaan betul + natijah yang baik + tidak meninggalkan ibadah yang asas = sedang beribadah.


 Tutup aurat + niat ikhlas kerana Allah + pelaksanaan betul + natijah yang baik + tidak meninggalkan ibadah yang asas = sedang beribadah.




wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...