Perlu ke? Bengkokkan sedikit
jari ketika Tasyahud..
Terdapat ulama yg
berpendapat elok utk membengkokkan sedikit jari telunjuk ketika dinaikkan sbg
tanda tawaduk, bersumberkan dalil berikut:
Daripada Malik bin Numair dan ayahnya berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w.
meletakkan siku kananya di atas paha kanan, sambil mengangkat jari telunjuknya
yg telah dibengkokkan (ditundukkan sedikit) jarinya;(Riwayat Abu Daud,Ahmad dan
Ibn Hibban)
Justeru,berdasarkan riwayat ini dan beberapa pendapat ulama
berkenaan,harus utk beramal dgnnya dengan niat memperoleh ganjaran pahala.
Melihat Jari ketika Tasyahud Pula Bagaimana?
Hadis Nabi s.a.w. yg
bermaksud “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila bertasyahud,Baginda meletakkan
tangan kirinya di atas paha kiri,tangan kanannya di atas paha kanan dan
mengisyaratkan dgn jari telunjuknya serta tidak melepaskan pandangan matanya
drpd jari isyaratnya” (Riwayat Abu Daud,Ibn Hibban dan Ahmad)
Sunat utk melihat jari
telunjuk semasa menaikkan jari ketika tasyahud berdasarkan jari di atas.
Demikian yg dipegang oleh Imam ai-Baihaqi,Imam al-Nawawi dan kebanyakkan ulama
mazhab Syafi’i.Jadi,harus berpegang kpd ijtihad sebahagian besar ulama hadis berkenaan
sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tasyahud.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment