Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Wednesday, August 29, 2012

Baginda...


 apabila Rasulullah s.a.w dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita. Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan rasa sangat bahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan baginda ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta dengan sangat berharap agar baginda sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum.

Tapi barangkali kita meminta pula baginda menunggu sebentar di depan rumah, kita teringat DVD yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu DVD tersebut di dalam. Baginda tentu tetap tersenyum.

Atau barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum. Bagaimana jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita ingat anak-anak kita lebih hafal selawat ke atas nabi dari lagu-lagu barat. Barangkali kita berasa malu bahawa anak-anak kita tidak tahu sedikitpun sejarah baginda, kerana kita lupa dan lalai mengajar anak kita. Baginda tetap tersenyum.

Barangkali kita malu bahawa kita tidak menegtahui satu pun nama keluarga baginda dan sahabatnya tetapi lebih menghafal mengenai ‘artis-artis tanah air’ atau ‘pelakon barat’. Barangkali kita juga terpaksa menukar satu bilik mandi menjadi ruang solat. Baginda tetap tersenyum.

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan maghrib, keluarga kita sibuk di depan tv. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum.

Bayangkan apabila baginda tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda ke rumah kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan malu?

Maafkan kami Ya Rasulullah… Masihkah baginda tersenyum? Senyumlah pilu,senyum getar sedih.. oh!! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di depan mata Rasulullah.

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...