Tapi barangkali kita meminta pula baginda menunggu sebentar di depan
rumah, kita teringat DVD yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu DVD tersebut di dalam. Baginda tentu tetap tersenyum.
Atau barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada
di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum.
Bagaimana jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita
ingat anak-anak kita lebih hafal selawat ke atas nabi dari lagu-lagu barat.
Barangkali kita berasa malu bahawa anak-anak kita tidak tahu sedikitpun sejarah
baginda, kerana kita lupa dan lalai mengajar anak kita. Baginda tetap
tersenyum.
Barangkali kita malu bahawa kita tidak menegtahui satu pun nama
keluarga baginda dan sahabatnya tetapi lebih menghafal mengenai ‘artis-artis
tanah air’ atau ‘pelakon barat’. Barangkali kita juga terpaksa menukar satu
bilik mandi menjadi ruang solat. Baginda tetap tersenyum.
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan maghrib, keluarga
kita sibuk di depan tv. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita
menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan
berbunyi. Baginda tentu tersenyum.
Bayangkan apabila baginda tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa
yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita
akan menolak baginda ke rumah kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan
malu?
Maafkan kami Ya Rasulullah… Masihkah baginda tersenyum? Senyumlah
pilu,senyum getar sedih.. oh!! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di
depan mata Rasulullah.
No comments:
Post a Comment