Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Wednesday, November 28, 2012

bingkisan doa...


Sekirannya kita cinta kepada allah...

Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
 tetapi sekirannya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai,

Tetapi  sekirannya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut dicintai,
Begitu juga kepada orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh yang ditetapkan,
Oleh-Mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya Adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar redha dalam mengharungi ujian ,
Yang Engkau berikan kepadaku.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku kepada seorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku ,
Untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya RabbulIzzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai  aku dalam merindui syurga-Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kebikmatan indahnya bermunajat disepertiga malan terakhir-Mu


Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


kenapa ?? doa tidak dimakbulkan..


Antara sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana hati “Aku” menjadi buta disebabkan sepuluh perkara :

 

Ø  Aku mengenali Allah, tetapi Aku tidak menunaikan suruhan-Nya.
Ø  Aku mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi Aku meninggalkan sunnahNya.
Ø  Aku membaca Al-Quran, tetapi Aku tidak beramal dengannya.
Ø  Aku makan nikmatnya Allah, tetapi  Aku tidak bersyukur kepada-Nya.
Ø  Aku mengatakan syaitan musuh Aku, tetapi Aku tidak menentangnya.
Ø  Aku mengatakan syurga itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
Ø  Aku mengatakan neraka itu benar, tetapi Aku tidak lari daripadanya.
Ø  Aku mengatakan mati itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
Ø  Aku bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi Aku melupakan keaiban diri sendiri.
Ø  Aku mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabat Aku) Aku tidak mengambil iktibar daripada mereka.


ambil waktu...


Ambilah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..




Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian..
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati..
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa terisi..
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
Ambillah waktu untuk beramal..itu adalah kunci menuju syurga..



Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

kurang khusyuk....


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, November 12, 2012

pengajaran godaan iblis..


1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.
2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.
3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.
4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :
 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”
 Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...