Ayuh, zahirkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w
dengan memastikan perkara yang lazim kita lakukan bertepatan dengan sunnah
baginda :
|
|
Lazimnya...
|
Sunnah jika...
|
|
Solat sunat
|
Ramai
orang melakukan solat sunat di masjid.
|
Lakukan
solat sunat di rumah, dan penuhkan masjid untuk menunaikan solat berjemaah
lima waktu.
|
|
Kirim salam
|
Jika
tidak berjumpa dengan orang yang ingin ditemui, kita hanya meminta orang lain
menyampaikan salam kepadanya.
|
Di
samping mengirimkan salam kepada orang yang ingin ditemui, kita turut
mendoakan kesejahteraan buat si pengirim salam.
|
|
Di hadapan
Pintu Rumah
|
Kita
kan berdiri di hadapan pintu rumah orang yang ingin diziarahi dan mengucapkan
salam.
|
Berdiri
di sisi kanan atau kiri pintu rumah orang yang ingin diziarahi, yakni tidak
menghadapkanwajah tepat ke pintu rumahnya, kemudian ucapkan salam.
|
|
Ucap
“Alhamdulillah”
|
Ucapan
‘Alhamdulillah’ selalu kita ucapkan apabila mendapat berita dan sesuatu yang
menyenangkan dan menggembirakan.
|
Iringi
kalimah “alhamdulillah” dengan melakukan sujud syukur.
|
|
makanan
|
Apabila
ada makanan yang tidak sesuai dengan selera, kita sering mencelanya: “seperti
kurang garam, terlalu manis, kurang masak atau sedap.
|
Apabila
da makanan yang tidak disukai atau tidak sesuai dengan selera, tinggalkan
sahaja memakannya tanpa mencela atau mempamerkan wajah tidak puas hati.
|