Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, March 12, 2013

lazim jadi sunnah...



Ayuh, zahirkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dengan memastikan perkara yang lazim kita lakukan bertepatan dengan sunnah baginda :



Lazimnya...
Sunnah jika...
Solat sunat

Ramai orang melakukan solat sunat di masjid.
Lakukan solat sunat di rumah, dan penuhkan masjid untuk menunaikan solat berjemaah lima waktu.
Kirim salam

Jika tidak berjumpa dengan orang yang ingin ditemui, kita hanya meminta orang lain menyampaikan salam kepadanya.
Di samping mengirimkan salam kepada orang yang ingin ditemui, kita turut mendoakan kesejahteraan buat si pengirim salam.

Di hadapan Pintu Rumah
Kita kan berdiri di hadapan pintu rumah orang yang ingin diziarahi dan mengucapkan salam.
Berdiri di sisi kanan atau kiri pintu rumah orang yang ingin diziarahi, yakni tidak menghadapkanwajah tepat ke pintu rumahnya, kemudian ucapkan salam.

Ucap “Alhamdulillah”
Ucapan ‘Alhamdulillah’ selalu kita ucapkan apabila mendapat berita dan sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan.
Iringi kalimah “alhamdulillah” dengan melakukan sujud syukur.

makanan
Apabila ada makanan yang tidak sesuai dengan selera, kita sering mencelanya: “seperti kurang garam, terlalu manis, kurang masak atau sedap.
Apabila da makanan yang tidak disukai atau tidak sesuai dengan selera, tinggalkan sahaja memakannya tanpa mencela atau mempamerkan wajah tidak puas hati.

No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...