Muslimah yang memakai tdudung dengan
sempurna dan menutup tubuh, berpakaian labuh, berstoking tangan bagi lengan
baju yang lebar, berseluar longgar atau berkain yang tidak menampakkan tubuh
badan dan berstoking menutup kaki pasti sukar dan mengambil masa. Kita perlu
yakin atas rahmat Allah bahawa setiap “susah payah” mentaati perintah Allah,
ganjaran berlipat ganda sesuai dengan kesabaran dan kerelaan kita pada
perintah-Nya.
Pada ketika wanita mengenakan fesyen dan
gaya yang pelik, bertudung dengan tidak sempurna menutup tubuh serta berhias
berlebihan, yakinlah syaitan sudah mula bersorak riang, nafsu pula gembira dengan
ledakan tawa atas kemenangan mengalahkan iman..
Iman kita sudah terhenyak jauh ke dalam,
menangis dan merintih agar kita kembali sedar daripada tipu daya iblis terhadap
wanita!Tips Mudah Bangun Malam..
Imam
al-Ghazali memberikan sedikit panduan untuk memudahkan seorang bangun
pada waktu malam untuk memudahkan seseorang bangun pada waktu malam untuk
berqiamullail:
1.
Tidak makan terlalu kenyang/
banyak pada waktu siang.
2.
Tidak melakukan aktiviti yang
terlampau berat sehingga meletihkan badan.
3.
Tidur sebentar pada waktu siang
hari (qailulah) sebelum waktu zuhur.
4.
Menjauhkan diri daripada
melakukan dosa dan maksiat pada waktu siang.
Tiru Ibadah Rasulullah..
Ramai orang lain menyahut saranan menampung kekurangan amalan dengan
melakukan ibadah sunat yang selalu dilaungkan.Alhamdulillah, walaupun sudah penat melakukan pelbagai urusan, masih
ada lagi.
No comments:
Post a Comment