Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Saturday, July 5, 2014

Tinggi or rendah??

    Mana satu yang menjadi pilihan.. tinggi ke rendah :-) tinggilah...senang nak capai barang tinggi..errmm rendahlah..comel sedikit..hihihi. Apa tinggi rendah ni sebenarnya?? ok la, jom kita sharing.. kisah Tinggi dulu

   Tinggi.
    manusia kan suka dipandang tinggi oleh manusia, tetapi berapa ramai pula manusia yang cuba lakukan terbaik dalam kehidupan supaya dipandang tinggi oleh Allah s.w.t?? jika kita nak jadi muslim yang dipandang tinggi kenalah ikhlas dalam mengamalkan ajaran Allah dan Rasul dalam segenap kehidupan.Ilmu pula bukan hanya disimpan, teraplikasi menjadi amalan harian, barulah dicintai oleh Allah.

selain itu, milikilah sifat keperibadiaan tinggi seperti Rasulullah, yang baik pada musuhnya, sahabat dan semua yang disisinya.tetapi jangan pula kita meninggi diri, bongkar, takbur. Ingat Allah Maha memberi, segalanya datang dari Allah . so.. jom jadi muslimat/muslim yang tinggi budinya, mana pergi pun kita disayangi orang dan disenangi.Walaupun kita dibenci tetapi jangan pula kta lakukan perkara sama dengan membenci juga,salah tu..:-) so saya kene ingat ni.. insyaAllah
ohhhh...itu kisah tinggi , macam mana pula dengan rendah ye.. jom kita:-)

       Rendah.
    Islam menganjur agar kita rendah hati, dan bukan rendah diri sebenarnya.. contoh ciri 'ibadurrahman dalam al quran:"orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati." (Al Furqan 25:63) subhanallah, orang yang disayangi Allah tidak pernah meninggi diri
walapun status yang dia ada. janganlah kita biarkan islam dipandang rendah, disebabkan akhlak kita yang rendah sebagai umat islam. dan kita juga tak boleh merendah rendahkan orang lain kerana kelebihan yang kita miliki, nanti makan diri sendiri tau:-)  tinggi diri tiada gunanya..tak mustahil jatuh dikedudukan paling rendah nanti..




   Itulah kisahnya..tinggi dan rendah:-) tinggi budi ..rendah hati.. maaf dipinta andai tersalah kata. insyaAllah jumpa di post akan dtg... sempat nie nk ucap.. salam ramadhan al mubaraq , semoga ramadhan kali ini lebih bermakna serta dpt dhapuskan segala dosa dan dpt dipertingkatkn amalan di bulan mulia.. puasa tau.. :-) 

Belajar dari burung..

     Lepas ni kene cari kelas yang gurunya burung la ye, hihihi :-)  tak pun kene cari sarang burung dan duduk belajar sama di atas dahan pokok.. mestilah tidak, itu sebagai perumpamaan sahaja.. biasanya kita akan mulakan setiap urusan kita dengan bertawakal, betul tak..apatah lagi, bila kita usaha lakukan sesuatu pekerjaan tak henti-henti kita iringi dengan tawakal kepada Allah. Inilah yang dikatakan tawakal yang sebenar. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya:"jika kmu bertawakal kepada Allah dengan sebenar- benar tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung.

     Pagi burung akan keluar dari sarang dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dengan kekenyangan."(Riwayat al-Tarmizi) Subhanallah :-)
Begitu mendalam kan perbandingan yang nabi berikan, si burung terbang dan mencari rezeki dengan penuh tawakal kepada Allah, sesungguhnya ada rezeki di luar sana..terbanglah burung dengan penuh yakin bahawa Allah sedang memandu arah jayanya.
   
  Terasa malukan jika saya sendiri tidak berusaha dan mulakan sesuatu dengan tawakal pada Allah..qin,tepuk dada tanya iman :-) .Jangan lah berputus asa, kerana burung pun tiada perasaan putus asa'sebaliknya bersyukur dengan apa yang diperolehi. saya yakin, insyaAllah kalau kita percaya dan masih berpaut pada Allah,pasti Allah tidak mensia siakan usaha,perancangan dan strategik kita. Semoga kita sebagai umat islam sentiasa dalam kemenangan.. Amin insyaAllah. :-)
Rujukan :solusi

     "Tawakal lah kepada Allah dalam setiap permulaan seharian kita" insyaAllah jumpa di post selanjutnya. "salam ramadhan" :-)  TAWAKAL..MAN JADDA  WAJADA.. 

"Sesungguhnya saya terima... "

      Assalamualaikum..lama kan tak dgr brita,pelbagai rintangan yg saya lalui.. saya tak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku, cuma terkilan dengan cara n sikap manusia yg hnya melihat kesilapan orang tanpa menyoal knp perkara tersebut berlaku. hanya mampu tersenyum dan keluar dari tempat dimana saya mulakan niat untuk majukannya serta mendidik muslimat agar mereka berjaya suatu hari nanti. pegang pada kata ini, keikhlasan berukhwah tdk pernah sedikitpun menyimpang.. ikhlas krn Allah, sedikit kesilapan saya ,tetapi dianggap seperti tiada kemaafan sedangkn pengorbanan, beralah,berdiam tanpa mengata apa-apa,terima dengan rendah hati, itu tidak pernah difikirkan sesiapa..saya manusia .dan saya meletakkan bahawa jika benar saya salah.. saya mintak maaf dan saya harap kebenaran keikhlasan itu akan hadir suatu hari. 

      Syukran kerana membuka mata saya bahawa saya tersalah langkah percaya pada semua yang manis dibibir dan kata sedangkn semua itu tiada gunanya. saya terima setiap kata yang menunding pada diri saya, biarpun saya dalam kesukaran mencari pekerjaan baru, namun saya yakin pada keikhlasan dan hakikat dengan terima setiap tuduhan yang tidak semua tahu .telinga dan mata menjadi saksi.. :) saya pilih untuk berdiam sahaja.. semuanya berakhir , destinasi ku sebagai pengajar di sana.. hanya kerana kata manusia yang hanya mengikut hatinya tanpa menyelidik kebenaran dan sebabnya apa yang saya inginkan.. fitrahkan bgi manusia hnya pandangan dan kata mereka sahaja benar sedangkan tanpa mendengar penjelasan mereka fikir tindakan mereka itu adalah paling benar dan wajar. syukran atas semuanya.. segelintir pula yang tahu kebenaran apa yang berlaku disana hanya mampu melihat kerana apa yang saya ajar
     
    "biarpun ana pergi dan terima tetapi hakikatnya kta tahu kebenarannya.. ana pergi dan terima dengan redha..belajarlah wahai muslimat. hingga kamu berjaya dan jangan sesekalipun kamu berputus asa..ana sayang kmu semua ikhlas kerana Allah, dan bukan kerana pangkat ataupun darjat. ana cuma harap kamu saling menjaga ukhwah antara kamu semua.. ana terima setiap kesilapan ana dan akan perbaiki dan jadikan pengajaran dalam hidup ana.. teruskan perjuangan kamu ana sentiasa doakan.. rindu lihatlah bintang.. " :) itulah kata terakhir saya sebagai pengajar.. pengalaman yang begitu sukar untuk dilupakan.. namun hidup perlu diteruskan.. perisai dan senjata saya rapikan.. hihihi bukan untuk membalas dendam tau.. tetapi untuk teruskan kehidupan dalam mencari pekerjaan baru..

         Allah mengingatkan: " Dan apabila manusia ditimpa kesusahan,menyerulah dia kepada kami samada dia sedar, berbaring, duduk atau berdiri.Dan ketika mana kami hapuskan kesusahan daripadanya dia terus membawa cara lamanya seolah olah dia tidak pernah merayu kepada kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya." (Yunus 10:12) doalah yang menjadi perisai saya... semoga saya akan dapat pekerjaan yang lebih baik ..dan semoga saya lebih siap dalam apa jua situasi..insyaAllah.. pengajaran menjadi iktibar buat saya. Doakan Allah permudahkan urusan saya wahai pembaca setia lukisan alam..:)

 p/s : Assif jiddan =)


wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...