Lepas ni kene cari kelas yang gurunya burung
la ye, hihihi :-) tak pun kene cari sarang
burung dan duduk belajar sama di atas dahan pokok.. mestilah tidak, itu sebagai
perumpamaan sahaja.. biasanya kita akan mulakan setiap urusan kita dengan bertawakal,
betul tak..apatah lagi, bila kita usaha lakukan sesuatu pekerjaan tak henti-henti
kita iringi dengan tawakal kepada Allah. Inilah yang dikatakan tawakal yang sebenar.
Rasulullah s.a.w mengajar umatnya:"jika kmu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar- benar tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah
memberikan rezeki kepada burung.
Pagi burung akan keluar dari sarang dalam keadaan
lapar namun pada petangnya pulang dengan kekenyangan."(Riwayat al-Tarmizi)
Subhanallah :-)
Begitu mendalam kan perbandingan yang nabi berikan,
si burung terbang dan mencari rezeki dengan penuh tawakal kepada Allah, sesungguhnya
ada rezeki di luar sana..terbanglah burung dengan penuh yakin bahawa Allah sedang
memandu arah jayanya.
Rujukan :solusi
"Tawakal lah kepada Allah dalam setiap
permulaan seharian kita" insyaAllah jumpa di post selanjutnya. "salam
ramadhan" :-) TAWAKAL..MAN JADDA WAJADA..


No comments:
Post a Comment