Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, September 27, 2011

16 sifat... =)


Assalamualaikum.. =)segala pujian itu hanya milikMu Wahai Tuhan penentu segala takdir.Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman,Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabat. bersyukur kepda Allah, dptlah saya mencoretkan sesuatu dalam 'lukisan alam...ukasyah' =) semoha ilmu ini dpt dikongsikan bersama..mohon maaf andai tersalah kata. '16sifat-sifat org bertakwa'..


  • Beriman dengan perkara ghaib.
  • Mendirikan solat.
  • Menafkahkan sebahagian rezeki.
  • Beriman kepada al-Quran & Kitab.
  • Menyakini adanya kehidupan di akhirat.
  • Menepati janji apabila berjanji.
  • Bersabar dalam menghadapi kesempitan,penderitaan & peperangan.
  • Menahan api kemarahan daripada menguasai diri.
  • Memaafkan kesalahan orang lain.
  • Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji.
  • Memilih keampunan Allah setelah melakukan perbuatan dosa&berazam takkan meneruskan perbuatan tersebut.
  • Sentiasa beristighfar.
  • Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman dalam kalangan manusia.
  • Mengagungkan syiar-syiar Allah.
  • Tidak bersifat sombong&tidak melakukan kerosakan di muka bumi.
  • Memandang kehidupan akhirat yang kekal & hakiki berbanding dunia.
Mari bermusahabah,masih byk yang harus diusahakan dari sekarang.jom! bersama saya menyusun sifat-sifat di atas,dan terapkan ianya di dlm jiwa kita..segeralah mengorak langkah sebelum terlambat wahai diriku..=) InsyaAllah,semoga Allah permudahkan urusan kita.
Sekalipun kta belum bertakwa,tetapi jika kita meniru & mencintai cara hidup org yang bertakwa,InsyaAllah kita akan tergolong bsama mereka.. wallahu a'alm. =)


Saturday, September 24, 2011

kisah pohon epal...

Ahlan Wa Sahlan...=) dgrkn 'kisah pohon epal' yg ingin saya kongsikn bsama teman..maaf dipinta andai tsalah kata..=) suatu masa dahulu tdpt sebatng pohon epal yg amat besar.seorg kanak2 lelaki begitu gemar bmain di sekitar pohon epal itu setiap hari.dia memanjat pohon tersebut.anak lelaki tsebut begitu myayangi tmpt permainanya.pohon epal itu jg myukai anak tersebut.
  Anak lelaki itu sdh besar dn mjd seorg remaja.dia tdk lgi mhabiskn msanya setiap hari bmain d sekitar pohon epal tersebut.namun begitu,suatu hari dia dtg kpd pohon epal tersebut dgn wajah yg sedih.'Marilah bmain-main dsekitarku' ,ajak pohon epal itu."aku bkn lgi kanak2,aku tdk lgi gemar bmain dgn engkau",jwb remaja itu. "Aku mahukn permainan.aku perlukan wang utk membelinya," tambah remaja itu dgn nada yg sedih.lalu pohon epal itu bkata.
  "kalau begitu,petiklah epal2 yg ada pdaku.juallah utk mdptkn wang.dgn itu,kau dpt mbeli pmainan yg kau inginkn."remaja itu dgn gembiranya memetik semua epal dpohon itu dn pergi dri situ.dia tdk kembali lgi selepas itu.pohon epal itu berasa sedih.masa blalu lgi dn suatu hari,remaja itu kembali.dia semakin dewasa.
   pohon epal itu merasa gembira."marilah bmain di sekitarku," ajak pohon epal itu."aku tiada waktu utk bmain.aku tpaksa bekerja utk mdptkn wang.aku ingin mbina rumah sbg tempat plindungan utk keluargaku.bolehkah kau menolongku?",tanya anak itu.
   Maafkn aku,aku tdk mpunyai rumah.ttpi kau boleh memotong dahan2ku yg besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya,"pohon epal itu mberikan cadangan.lalu,remaja yg semakin dewasa itu memotong kesemua dahan epal itu dan pergi dgn gembiranya.pohon epal itu pun turut gembira ttpi kemudiannya berasa sedih krn remaja itu tdk kembali lgi selepas itu.
  suatu hari yg panas,seorg lelaki dtg menemui pohon epal itu.dia sebenarnya adlah lelaki yg pernah bermain dgn pohon epal itu.dia telah matang dan dewasa."marilah bmain di sekitarku," ajak pohon epal itu."maafkan aku,ttpi aku bkn lgi anak lelaki yg suka bmain di sekitarmu.aku sudah dewasa.aku mempunyai cita-cita utk belayar.malangnya,aku tdk mpunyai bot.bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
   "aku tdk mpunyai bot utk dberikn kpd kau.ttpi kau boleh memotong batang pohon ini utk dijadikn bot.kau akn dpt belayar dgn gembira,"kata pohon epal itu.lelaki itu merasa gembira dn menebang batang pohon epal itu.dia kemudianya pergi dri situ .dan tdk kembali lgi selepas itu.namun begitu pada suatu hari,seorg lelaki yg semakin dimamah usia,dtg menuju pohon epal itu.dia adalh anak lelaki yg pernah bermain di sekitar pohon epal itu.
  "maafkan aku.aku tdk ada apa2 lgi utk dberikan kpd kau.aku sdh mberikn buahku utk kau jual,dahanku utk kau mbuat rumah,batangku utk kau membuat boat.aku hanya ada tunggul dan akar yg hampir mati..kata pohon itu dgn pilu.aku tdk mahukn epalmu krn aku sdh tiada gigi utk memakanya,aku tdk mahu dahanmu krn aku sdh tua utk memotongnya,aku tdk mahu batang pohonmu krn aku tdk bupaya utk belayar lgi,aku merasa lelah dn ingin bistirehat,"jwb lelaki tua itu.
   "jka begitu,istirehat di perduku,"kata pohon epal itu.lalu lelaki tua itu ddk bistirehat di situ.mereka bdua menangis kegembiraan.

=) mcm ne,faham tak dsebalik kisah pohon epal,dgn bdk lelaki itu..sebenarnya pohon epal itu adalah kedua2 ibu bapa kta.bila kta msih muda,kta suka bmain dgn mereka.ketika meningkat remaja,kta perlukan bantuan mereka utk meneruskn kehidupan.kta tinggalkn mrk,dn hanya kembali meminta ptolongan apb kta ddlm kesusahan.namun,mrk tetap menolong kta dn lakukn apa sja asalkn kta bahagia dn gembira dlm kehidupan.haragailah jsa ibubpa kpd kta.jgn kta hargai mrk semasa myambut hari ibu dan hari bapa ataupun ketika jenazah mrk dkafankn bri kta ingin memeluk serta mencium mrk dn mgucapkn bhw kta syg pda mrk,krn pda ketika itu mrk sdh tiada lgi di dunia..=)...........

Wednesday, September 21, 2011

hargai ibu bapa ( II )..=)

Kisah cinta Rasulullah SAW kpd ibu bapa...
  Rasulullah SAW sgt mencintai ibu bapanya.Baginda tdk pernah melihat wajah bapanya krn bapanya meninggal ketika baginda berusia dua bulan dlm kandungan.Baginda lahir sbgai anak yatim.Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda msh kanak-kanak mjadikan hidup baginda yatim piatu.Namun,hal itu tdk pernah menyebabkan baginda lupa bahawa baginda pernah memiliki ibu bapa.
  Meningkat dewasa,baginda cuba mencari ruang b'bakti kpd insan yg sudah pun dimakan bumi.Rasa ksh san rasa ingin b'bakti mendorong baginda meminta izin kpd Tuhannya agar diperkenankan sebuah pengampunan kps ibu bapanya.Tuhan tdk m'izinkan namun masih mengizinkan baginda berbuat baik kpd mereka dgn mziarahi kuburnya.

Kisah kahmas bimbang ibunya disengat kala jengking..
  Penulis kitab Haliyyah al-Awliyaa,meriwayatkan sbgai berikut;"Khamas bin Hasan melihat seekor kala jengking di rumahnya,maka dia pun bniat utk membunuh atau menangkap kala jengking itu.Sygnya,kala jengking itu lebih dahulu masuk ke dlm lubangnya.
  Kahmas kemudian memasukan tgnnya ke dlm lubang kala jengking itu utk menangkapnya,Alih-alih dpt menangkapnya,kala jengking itu lalu menyengatnya.Dikatakan kpd kahmas:"Apa tujuanmu melakukan itu? Mengapa engkau memasukan tgnmu ke dlm lubang ini?Adakah engkau ingin mengeluarkanya?" kahmas menjawab:'aku takut kala jengking itu keluar dri lubangnya ,kemudian menghampiri ibuku lalu menyengat.'
 
 Kisah Ali bin Husain memuliakan ibunya...
  Dia ialah Abul Hasan Ali bin Husain bin Ali bin Abu Thalib atau disebut Zainal Abidin.Dia termasuk pemuka tabiin,yg sgt berbakti kpd ibunya.Suatu ketika dikatakan kpdnya:'sesungguhnya engkau adalah org yg sgt berbakti kpd ibumu.Tapi ,mengapa kami tidak pernah melihat kamu mkn bsama ibumu?' Dia mjawab:"Aku khuatir tgnku terlebih dulu mengambil makanan yg sudah dilihatnya,sehingga aku menjadi derhaka kpdanya." (Dipetik dri kitab Duurus Ramadhan)

hargai ibu bapa.. (i) =)


Assalamualaikum =) 'hargai mereka selagi mereka masih ada" itulah ungkapan yg saya teringat disaat ini..stp kali memandang wajah mak dan ayah,tgambar segala pengorbanan,penat lelah mereka dalam membesarkan saya..sekali pun tdk pernah mereka merungut,bahkan apb mereka berhadapan dgn ujian,segalanya disimpan rapi disebalik senyuman =) begitu mulia pengorbanan mereka,hingga akhir hayat sya pun,tak kan pernah dpt sya membalas segala pengorbanan dan jasa mereka..=) Hanya pda Mu Ya Allah, aku menadah tgn agar aku dpt menjadi anak yg solehah buat mereka.
  
"Berbaktilah kpd org tua kamu(ibu bapa),nescaya anak2 kamu akan berbakti kpd kamu.Dan peliharalah kehormatan isteri2 org lain,nescaya isteri2 kamu akn memelihara kehormatan mrk." (Riwayat al-Hakim)

Ramai teman-teman sya yg ibu bapa mrk telah tiada..pelbagai pengajaran,iktibar yg bleh kita perolehi..krn itu haragai mereka selagi mereka msh ada, jgn nanti kita myesal pula..sya hope post ini akn dpt m;ingatkan sya dan teman agar lebih menghargai ibu bapa kita.."mak...ayah..sya ingin mjdi anak yg solehah buat mak dan ayah...Redailah anakmu .." =) sya ingin kongsikan beberapa kisah dgn teman-teman..InsyaAllah kita akan muatkan dlm dua ruangan kali ini..salah dan silap harap dimaafkan ye..semoga kita semua menjadi anak-anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kita.Amin =)

   'Mahukah kalian jika aku beri tahukan kps kalian dosa-dosa yg paling besar?'Para sahabat mjwb:'Mahu,wahai Rasulullah,Beliau bsabda:"Menyekutukan (sesuatu) dgn Allah dan derhaka kpd kedua org tua." (Riwayat al-Bukhari)

 'Apb seseorg anak yg soleh melihat ibu bapanya dgn pandangan ksh syg,Allah menuliskanya pahala haji mabrur' (Riwayat al-Baihaqi)

'Reda Allah adalah pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah pda kemurkaan ibu bapa.' (Riwayat al-Hakim &al-Baihaqi)


p/s -Subhanallah, =) istimewanya ibu bapa disisi Allah hingga perintah agar berbuat baik pda mereka Allah menyatakan setelah larangan myekutukan-Nya.. baiklah kta bsambung di post kedua ..=) 

Sunday, September 18, 2011

-Ana Uhibbu-

      Ahlan Wasahlan..=) wah tjuk dah arab...posting pun kne coret dlm bahasa arab nie heheheheh.... tentulah...tidak,saya pun bru nak belajar..alhamdulillah,ada 'geng' yg beri tunjuk ajar =) 'ana uhibbu' ,pada siapa tu?? hihihi adalah...opps..opps..nie kena jelaskan nie,if tak ada salah anggap nie karang hehehe... (gurau ye) sekadar bkongsi ilmu, jika ada salah dan silap harap dimaafkan..aasif jiddan..=) Uhibbu maksudnya saya cinta or saya sayang..nah, ana uhibbu Rasulullah s.a.w ..oh ye,syukran jg wat sahabat yg sudi singgah ziarah..msh byk yg kurang,dan InsyaAllah..proses dlm mencari ilmu Allah itu tdk akan pernah mati..selagi Allah memberi keizinan pada diri ini.=) InsyaAllah..

  Rasa Cinta dan kasih kepada Baginda Rasul sepatutnya direalisasikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” 
   Antara sifat dan Amalan Rasulullah yang boleh kita contohi ialah,sentiasa menunjukan rasa hormat pada teman. sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim,fakir dan org miskin.Sentiasa bsifat benar dan amanah dlm menyampaikn perintah Allah SWT.Sentiasa mjauhkan diri dari bcakap bohong,dengki,kianat,mencaci,bakhil dan malas. "Kenangilah perjuangan Rasulullah dlm usaha myampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan.Jgn hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.."Buktikan kasih kita kpd Baginda bukan sekadar ucapan yg hanya indah di bibir.Sebagai umatnya kita sama-sama mbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW..

     “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, karena aku tahu bahwa engkau pasti akan masuk ke dalam surga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam surga, aku khawatir tak akan bisa lagi melihat wajahmu, karena derajatku jauh lebih rendah dari derajatmu.”
    Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sembarang jawaban sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; yaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. 4:69) 
Moga kita semua peroleh syafaat Baginda di akhirat kelak.Amin.


-pokok iman-

     Ahlan Wasahlan =) hari nie saya nak share tentang pokok iman... tp sebelum2 andai ade salah kata,harap dimaafkan ye..
     Akhlak umpama buah pda pohon iman.Akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman,batangnya adalah rukun islam,dahanya persoalan fardu kifayah,rantingnya umpama amalan2 sunat manakala akhlak adalah buahnya.
     Selain dari itu,belajarlah dri kesabaran dan ketabahan sebatang pohon.Pohon yg besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
    Bermula drpd benih yang kecil,ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akrnya.sebelum menjadi sebatang pohon yg kuat,ia belajar menahan teriknya matahari,kuatnya angin,dinginya hujan dan ganguan drpd manusia jg haiwan.Setelah melalui semua itu,drpd sebiji benih yg tdk terlihat,menjadi tunas yg bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
     Betulkan wahai teman... =) jdi marilah kita mjd manusia yg tdk kalah dgn keadaan dan suasana. Seperti ikan dilautan masin,meskipun disekitarnya masin,namun dagingnya tetap tawar. semoga ilmu Allah ini dpt dikongsi bersama dgn teman2 ye...InsyaAllah.

Saturday, September 17, 2011

pesanan..


"Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…"

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut


Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu"


                                                                          Saidina Umar R.A





"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya"
Yusuf al-Qardawi

Thursday, September 15, 2011

"kemanisan bersabar"

Assalamualaikum..=) Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya =) disaat ini saya utuskan post ini buat tatapan sahabat yang jauh dimata, dekat dihati, saya doakan agar kamu bersabar dalam meharungi setiap ujian.. semoga diberi kekuatan dalam memerangi segala kelemahan ..InsyaAllah.. =) maaf andai ada salah dan silap ye..=) sesungguhnya hanya Allah Azzawajala...
    Sabar itu sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat disentuhi oleh tangan, tidak boleh dirasai dengan lidah dan tidak mampu dilihat dengan mata. Sabar itu juga dikatakan sesuatu yang indah bagi mereka yang menghayati kesannya. Ia juga disebut sesuatu yang manis bagi mereka yang dapat ‘merasainya’. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak mempunyai sifat sabar dalam diri mereka sebaliknya berbahagianya golongan bersabar kerana sifat sabar itu begitu indah apabila Allah mencukupkan ganjaran pahala yang tidak terhingga bagi mereka yang bersabar.                                            
      Allah berfirman:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar 39:10;)
      Hendaklah manusia itu memupuk sifat sabar di dalam diri. Setiap ketika kita akan berhadapan dengan ujian, segala macam cubaan, pelbagai bentuk musibah. Maka bersabarlah.Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabarlah ketika anda sedang berhadapan dengan Allah ketika ibadah solat, cukupkan syarat dan rukunnya, berusahalah supaya dapat merasai manisnya solat ketika anda sabar menyudahinya.Begitu juga bersabar dalam menjauhi maksiat kepada Allah, bermujahadahlah menahan diri ketika timbul keinginan ingin melakukan perkara yang dilarangNya. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu ada nikmat kemanisannya.
       Dan bersabar juga dalam menghadapi musibah, ujian, dugaan, dan cubaan dari Allah. Datangnya ujian itu untuk mematangkan kita, untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, ada sedih dan gembiranya, ada pilu dan bahagianya. Jadikan sabar dalam menghadapi semua musibah ini sebagai tanda kasih sayang dan cintanya Allah kepada kita. Maka bersabarlah dalam apa jua bentuk keadaan yang diberikan Allah kepada kita hambaNya.Salah satu nasihat Lukman kepada anaknya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikutan yang bermanfaat adalah juga tentang sifat sabar.

      Allah berfirman: "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (surah al-Lukman 31:17;) Setiap manusia itu tetap akan diuji oleh Allah. Ujian yang pelbagai dalam bentuk yang berbeza. Gembiralah mereka yang dapat menahan ujian dan mampu menghadapinya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang tidak mampu, malah mengeluh bahkan sampai menyalahkan takdir.Persoalan ‘kenapa mesti aku! kenapa mesti aku!’ selalu bermain dibibir mereka yang lemah keimanan dalam menerima ujian. Hindarilah dan jauhilah dari bersifat lemah. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian.
      Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseoarang melainkan sesuai dgn kesanggupanya." (Surah al-Baqarah 2:286)
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran. 
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Asyik sabar je, penat dah sabar ni!" =)
        Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
       Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat. 
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula tertimpa musibah.” (H.R Al-Bukhari) 

Monday, September 12, 2011

Saidina Ali bin Abi Talib...

Assalamualaikum...=) em,ddk2 nie t'ingt kan pula ksh Saidina Ali bin Abi Talib...yg jg merupakan kanak2 pertama yg memeluk islam(9tahun).Dberi gelaran al-Amin krn tdk pernah bckp bohong..hehehe..saya pernah ckp bohong..hingga guna istilah bohong sunat ..=) ada2 je kan..ubah-ubah,.Maklumat yg dperolehi hasil bacaan novel yg btajuk 'Ali bin Abi Talib' yg dikarang oleh 'Abdul Latip Talib'...mcm2 perasaan hadir semasa saya bca novel ini,tak terkata rasanya apb melht perjuangan Baginda dan sahabat..begitu indah apb mjd tatapan hati yg mbaca..apb t'urai ksh cinta..malu..=) perca2 khidupan yg mberi ingtan buat semua pbaca tmasuk saya..jom imbas kembali pengenalan novel ini... saya cuba,andai tsalah maaf ye..hehehe
   Saidina Ali bin Abi Talib...dlahirkn thn ke19 sblum Muhammad mjd Rasul.Usianya 31thn lbh muda dri baginda.ibunya Fatimah bin Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf drpd Bani Hasyim.Ayahnya abu talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
   Nma asalnya Haldarah,Rasulullah memanggilnya 'Ali' selain itu..pernah jg Baginda memanggilnya Abu Turab.Saidina Ali bin Abi Talib,tkenal sbgai seorg yg alim dn bijaksana,penghafal al-Quran.seorg sasterawan,seorg yg bilmu dn cintakn ilmu.
   Salah stu jasa besar khalifah  Ali bin Abi Talib...yg tdk dpt dlupakn adalh org ptama m'usulkan kelander islamdgn mjdkn  tarikh hijrah Baginda dri mekah ke madinah sbg kalender umat islam.Syiah begitu m'yanjung Ali bin Abi Talib.Al-Khawarij pula adlh mrk yg keluar dri kelompok Ali.Bani Umaiyah pula memerangi Ali yg dketuai Muawiyah.
   Ali bin Abi Talib adlh khalifah ar-Rasyidin k4 slpas Uthman bin Affan.Beliau memerintah selama 4thn 9bln.ketika itu umat islam bpecah belah malah bperang sesama sendiri.Dlm perang jamal@perang unta pasukan tentera yg dipimpin Aisyah kmdian blaku ptempuran perang shiffin(tentera Muawiyah) Khalifah Ali bin Abi Talib ditetak keningnya dgn pedang yg dsapu racun oleh Abdul Rahman bin Muljam pda waktu subuh 17 ramadhan dn meninggal dunia pda 21 ramadhan.ketika itu beliau bumur 63thn..
   Begitulah,serba sedikit kisah yg dpt saya coretkn...=)InsyaAllah..btemu pula nanti dgn kisah 'antara mutiara kata Saidina Ali bin Abi Talib' 

Sunday, September 11, 2011

sharing time... =) 'bagaimana'

Assalamualaikum...=) semoga semua dalam keadaan chat dan baik2 saje ye,wahai sahabat ..syukran atas kesudian singgah ziarah ke 'lukisan alam ukasyah' msh byk kekurangan yg harus diperbaiki..semoga setiap ilmu yg dititipkan akn menjadi pedoman dan ingatan dlm kehidupan seharian..InsyaAllah.
Bagaimana??? coretan hari ni tentang Bagaimana kita nak pupuk sifat sabar...nak tewaskan nafsu...nak membina pemikiran yg positif dan keyakinan terhadap Allah serta cara utk doa dimakbulkan...=) semuanya bmula dari persoalan 'Bagaimana'.

     1. Bagaimana memupuk sifat sabar?
         *Melatih diri utk melakukan perkara kebaikan dlm apa jua situasi   

            sama ada senang atau susah.        
         *Menguatkan diri dan jiwa ketika hendak marah dan sentiasa  
           memaafkan kesilapan dan kesilapan org lain.  
         *Menyedari bahawa dunia ini tempat ujian dan kesusahan,bukanya 
           tempat bsenang lenang.

      2. Bagaimana untuk menewaskan nafsu?
         *sentiasa muhasabah diri.
         *sentiasa memohon keampunan dripada Allah s.w.t.
         *selalu bzikir( hati akn menjdi tenang dan menundukan 
           nafsu)
         *sentiasa b'istighfar dan mperbanyakan amalan    
            kebaikkan.

      3. Bagaimana membina pemikiran positif dan keyakinan 
          terhadap Allah?
        *sering membaca Al-Quran dan menghayatinya.
        *sentiasa mdekatkn diri dgn islam dengan meluangkan 
          masa 
          mengikuti kelas-kelas pengajian islam.
        *sentiasa mencari maksud yg tersirat dalam 
           melaksanakan syariat islam.

      4. Bagaimana cara untuk doa dimakbulkan?
        *bdoa dgn penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t.
        *bsikap rendah diri dan takut kepada Allah s.w.t.
        *tidak bosan dgn doa yang dipohon selagi ia belum            
          dimakbuk dan sentiasa bsangka baik dgn Allah s.w.t.

=) andai tersalah kata harap dimaafkan, sekadar bkongsi ilmu yg bermanfaat..InsyaAllah..semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

-Riwayat Bukhari -




Dari Abu Hurairah ra.bahawa Rasulullah SAW telah bsabda,"Barangsiapa yang mentaatiku,maka dia telah mentaati Allah.Dan barangsiapa yang menderhakaiku,maka dia telah menderhakai Allah.Begitu pula,barangsiapa yang mentaati petugasku,maka dia telah mentaatiku,dan barangsiapa menderhakai petugasku,maka dia telah menderhakaiku.'(Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra lagi,bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Semua ummatku akan memasuki syurga kecuali yang enggan memasukinya.Siapa yang mentaatiku akan memasuki syurga,dan siapa yang menderhakaiku,maka dialah org yang enggan memasuki syurga.' (Riwayat Bukhari)

Friday, September 2, 2011

mengingati mati...

      Rasulullah s.a.w bsabda yg bmaksud:"org yg paling cerdik disisi Allah ialah org yg paling byk mengingati mati.""(Riwayat Ibn Majah).
      Hanya ada dua destinasi manusia sesudah mati iaitu sama ada syurga atau neraka.Jika tdk ke syurga,nauzubillah,nerakalah tempat kita.Oleh itu,sbgai muslim yg sejati,setiap insan mengharapkn Husn al-khatimah (pengakhiran yg baik).
      Kita tdk tahu bila ajal akan menjemput kta.Org yg meninggal pda hari ini, sendiri tdk menyangka itulah hari terakhirnya di dunia.Tika itu adakah pintu Taubat buat kta msh terbuka =) tentunya tdk kan...brulah kta akn merasa menyesal krn tdk sempat nak minta maaf..tdk cukup amalan utk dibawa ke alam barzakh..dan yg paling penting tak dpt wat pelaburan jangka panjang utk dirinya sendiri di sana nanti... ape pun pesanan ini, adalah buat peringatan diri saya jgk yg sering aje lupa...=)
"Tuhanku Yang Esa,ampunilah hamba-Mu, berikanlah kekuatan dalam mengharungi mehna-Mu..ku pohon restu hidayah dari-Mu,rahmatilah diriku,terimalah taubatku,penghapus segala dosaku.."


-Cara  Bertaubat-

  • Taubat bermula dgn rasa penyesalan.Penyesalan terbit dari hati,bkn setakat lahir dari lidah.
  • Mengucapkn sekurang2nya Astaghfirullah al-'Azim dgn penuh penyesalan.
  • Menterjemah penyesalan dan keazaman dlm bentuk perbuatan.
  • Meminta ampun kpd Allah,jika kesalahan itu dgn Allah.
  • Memohon maaf dgn manusia,jika kesalahan itu sesama manusia.
"Rasulullah s.a.w bsabda yg bmaksud :"org yg cemerlang apb berbuat kesilapan akn terus bertaubat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...