Assalamualaikum..=) Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya =) disaat ini saya utuskan post ini buat tatapan sahabat yang jauh dimata, dekat dihati, saya doakan agar kamu bersabar dalam meharungi setiap ujian.. semoga diberi kekuatan dalam memerangi segala kelemahan ..InsyaAllah.. =) maaf andai ada salah dan silap ye..=) sesungguhnya hanya Allah Azzawajala...
Sabar itu sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat disentuhi oleh tangan, tidak boleh dirasai dengan lidah dan tidak mampu dilihat dengan mata. Sabar itu juga dikatakan sesuatu yang indah bagi mereka yang menghayati kesannya. Ia juga disebut sesuatu yang manis bagi mereka yang dapat ‘merasainya’. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak mempunyai sifat sabar dalam diri mereka sebaliknya berbahagianya golongan bersabar kerana sifat sabar itu begitu indah apabila Allah mencukupkan ganjaran pahala yang tidak terhingga bagi mereka yang bersabar. Allah berfirman:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar 39:10;)
Hendaklah manusia itu memupuk sifat sabar di dalam diri. Setiap ketika kita akan berhadapan dengan ujian, segala macam cubaan, pelbagai bentuk musibah. Maka bersabarlah.Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabarlah ketika anda sedang berhadapan dengan Allah ketika ibadah solat, cukupkan syarat dan rukunnya, berusahalah supaya dapat merasai manisnya solat ketika anda sabar menyudahinya.Begitu juga bersabar dalam menjauhi maksiat kepada Allah, bermujahadahlah menahan diri ketika timbul keinginan ingin melakukan perkara yang dilarangNya. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu ada nikmat kemanisannya.
Dan bersabar juga dalam menghadapi musibah, ujian, dugaan, dan cubaan dari Allah. Datangnya ujian itu untuk mematangkan kita, untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, ada sedih dan gembiranya, ada pilu dan bahagianya. Jadikan sabar dalam menghadapi semua musibah ini sebagai tanda kasih sayang dan cintanya Allah kepada kita. Maka bersabarlah dalam apa jua bentuk keadaan yang diberikan Allah kepada kita hambaNya.Salah satu nasihat Lukman kepada anaknya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikutan yang bermanfaat adalah juga tentang sifat sabar.
Allah berfirman: "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (surah al-Lukman 31:17;) Setiap manusia itu tetap akan diuji oleh Allah. Ujian yang pelbagai dalam bentuk yang berbeza. Gembiralah mereka yang dapat menahan ujian dan mampu menghadapinya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang tidak mampu, malah mengeluh bahkan sampai menyalahkan takdir.Persoalan ‘kenapa mesti aku! kenapa mesti aku!’ selalu bermain dibibir mereka yang lemah keimanan dalam menerima ujian. Hindarilah dan jauhilah dari bersifat lemah. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian.Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseoarang melainkan sesuai dgn kesanggupanya." (Surah al-Baqarah 2:286)
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!" =)
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!" =)
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula tertimpa musibah.” (H.R Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment