Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Wednesday, August 29, 2012

Baginda...


 apabila Rasulullah s.a.w dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita. Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan rasa sangat bahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan baginda ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta dengan sangat berharap agar baginda sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum.

Tapi barangkali kita meminta pula baginda menunggu sebentar di depan rumah, kita teringat DVD yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu DVD tersebut di dalam. Baginda tentu tetap tersenyum.

Atau barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum. Bagaimana jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita ingat anak-anak kita lebih hafal selawat ke atas nabi dari lagu-lagu barat. Barangkali kita berasa malu bahawa anak-anak kita tidak tahu sedikitpun sejarah baginda, kerana kita lupa dan lalai mengajar anak kita. Baginda tetap tersenyum.

Barangkali kita malu bahawa kita tidak menegtahui satu pun nama keluarga baginda dan sahabatnya tetapi lebih menghafal mengenai ‘artis-artis tanah air’ atau ‘pelakon barat’. Barangkali kita juga terpaksa menukar satu bilik mandi menjadi ruang solat. Baginda tetap tersenyum.

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan maghrib, keluarga kita sibuk di depan tv. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum.

Bayangkan apabila baginda tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda ke rumah kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan malu?

Maafkan kami Ya Rasulullah… Masihkah baginda tersenyum? Senyumlah pilu,senyum getar sedih.. oh!! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di depan mata Rasulullah.

Saturday, August 4, 2012

hati...


Assalamualaikum.. terasa lama tidak berkunjung 'lukisan alam ..ukasyah' terasa rindu pun ada juga =) salam ramadhan al-mubarak pada semua muslimin & muslimat... rakan seperjuangan.. dan teman2 yang sudi singgah ziarah ke blog saya... insyaAllah inilah kali pertama saya menyambut ramadhan di tahfiz.. inilah saat yang dinantikan..=) 

   Alhamdulillah seronok sekali bersama dengan pelajar-pelajar yang menghafal al-Quran.. cuma.... semakin hari semakin banyak dugaan dalam menjadi seoarang pendidik & warden.. kadang-kadang saya merasakan semakin sukar saya nak membendung sikap pelajar yang begitu ketara sekali.. ustaz cakap kita kne bersabar dan terus berjuang tanpa kenal erti kalah.. Rasulullah s.a.w pun berdakwah, makan masa 23 tahun..sya baru 8 bulan ,jdi sya kne kuat... dan terus bersabar.. jika bukan kita bantu mengubah pelajar kita..siapa yang akan bantu mereka.. sya risau jika saya salah dalam mendidik mereka.. sehingga sekarang saya masih mencari cara yg lebih baik dalam mendidik mereka.. secara rohani =) insyaAllah pasti ade penyelesaian... saya harap Allah permudahkan ..saya ikhlas kerana Allah..dan kerana sayang sya tak mahu pelajar saya tidak berubah... mohon doa dri teman-teman yang membaca.. ape2 pun saya harus perbaiki dri sendiri dan seterusnya barulah mengubah sikap pelajar..
   Pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri.. kerana untuk mengubah seseorang pastikan kita juga turut mengubah dan memperbetulkan diri kita terlebih dahulu.. =) insyaAllah dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan sya juga akan turut berjuang.. bersabar.. bertenang..
=) apa yang baik dari Allah dan yang kurang dan lemah itu adalah dtg dri sya sendiri. 'man jadda wa jadda'

penghayatan bulan ramadhan...

Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith Antaranya :


1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.
3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.


4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.
5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.
6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.


7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda:
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.


9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...