Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Sunday, November 6, 2011

Adab bangun tidur...

Mari bersama kita amalkan tips apabila' kita bangun tido..' =) insyaAllah. jom!!



  1. Menyapu tangan ke muka.-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :"Rasulullah bangun tidur,kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dgn tangannya (Riwayat Muslim)
  2. Berdoa-Huzaifah meriwayatkan:"Dan setiap kali bangun tidur,Baginda berdoa: (di atas)
  3. Bersugi (membersihkan Gigi)-Dalam sebuah hadis (yang bermaksud): "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur,Baginda akan membersihkan mulutnya dgn bersugi."
  4. Membasuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali-Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur,maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas,kerana kamu tidak tahu dimana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

  5. Beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung)-Rasulullsh s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bangun tidur,maka berwuduklah dan kemudian beristinthar sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya (Riwayat al-Bukhari)
                    

solat subuh..

Assalamualaikum sahabat..=) Alhamdulillah, selesai subuh ..hampir-hampir terlewat sebenarnya hehehe..namun Alhamdulillah dgn izin-Nya tersedarlah kita dri lena bgi mengerjakan 'yg wajib' melawan rasa mengantok,kedinginan pagi..=) -sujud syukur pada-Nya atas nikmat yg diberikan pada kita semua- Bukan mudah utk kita bangun diawal pgi,bersuci bagi menunaikan ibadah subuh..kita mestilah berperang dgn hawa nafsu dan syaitan sejak awal-awal lgi bagi mematuhi perintah Allah...namun jika kita ikhlas melakukanya kerana Allah..insyaAllah akan dipermudahkan urusan dalam menangani 'malas nak bangun subuh' heheheh.. latih diri agar sentiasa menepati waktu-waktu solat..jgn ada yg tertinggal, jga dgn sebaik-baiknya..marilah kita mencari kekuatan di sebalik solat subuh.InsyaAllah,umat yang menjaga waktu solat subuh akan teguh..=) selain itu, ada juga keunikan di sebalik solat subuh sahabat.. jom kita kongsikan bersama =)


  1. Solat subuh tdk berubah rakaatnya berlainan dgn solat Zuhur,Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kpd empat rakaat selepas Israk & Mikraj.
  2. Azan solat subuh berbeza daripada solat-solat yang lain.
  • Azan solat subuh ada penambahan 'solat itu lebih baik daripada tidur'
  • Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan Rasulullah dahulu.
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid.
Menandakan telah masuk waktu solat.

Masjid Nabawi.Bilal pertama ialah Ibn Ummu Makhtum.
Masjid Nabawi.Bilal kedua ialah Bilal bin Rabah.
Masih boleh makan sahur.
Waktu subuh telah masuk,tdk boleh makan namun msh boleh minum jika perlu.


       3.  Rasulullah s.a.w. mewariskan doa khusus selepas solat subuh buat umatnya.
                Maksudnya :"Tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah.Ia tdk memiliki sesuatu 
                sekutu.MilikNya jualah kerajaan dan segala puji.Dia Maha Menghidupkan dan 
                mematikan.Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Riwayat al-Termizi)
                Maksudnya : "Ya Allah,lindungilah aku daripada api neraka. "(Riwayat Abu Daud)
       4.  Rasulullah menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali solat subuh.Baginda 
            membaca sekitar 60-100 ayat.
       5.  Bacaan khusus surah dlm solat bagi solat subuh pada hari jumaat.Baginda membaca surah al-
            Sajadah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.


       6.  Solat subuh tdk boleh diqasarkan(dipendekan) dan dijamakan(digabung).

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...