- Menyapu tangan ke muka.-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :"Rasulullah bangun tidur,kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dgn tangannya (Riwayat Muslim)
- Berdoa-Huzaifah meriwayatkan:"Dan setiap kali bangun tidur,Baginda berdoa: (di atas)
- Bersugi (membersihkan Gigi)-Dalam sebuah hadis (yang bermaksud): "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur,Baginda akan membersihkan mulutnya dgn bersugi."
- Membasuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali-Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur,maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas,kerana kamu tidak tahu dimana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)
- Beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung)-Rasulullsh s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bangun tidur,maka berwuduklah dan kemudian beristinthar sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya (Riwayat al-Bukhari)
![]() |
![]() |



No comments:
Post a Comment