SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang
apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan
wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan
rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang
telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
·
Sesungguhnya
sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan
hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya
mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini
bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian,
sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh
orang yang sembahyang.
·
Selain kebersihan
zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan
kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba
mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan
zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan
lagi hubungan dengan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment