Assalamualaikum.. jika tak salah saya,sebelum nie saya ada
kongsikan mengenai solat dhuha.. dan doa dhuha kan =) jadi sekarang jom kita
buat pengiraan pula.. jom kita dhuha!!
Waktu solat duha adalah dari waktu naik matahari sehingga
waktu condong matahari ke arah barat. Pengiraan waktu duha secara astronomi
adalah berdasarkan formula waktu syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan
dengan waktu syuruk dan waktu subuh atau secara purata waktu duha bermula
28minit selepas waktu syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu zuhur.
Cth pengiraan berdasarkan formula astronomi:
Cth jadual waktu sembahyang di mukah(zon4)pada 16mac2011: waktu syuruk:
0638 am
Waktu subuh: 0524 am
Waktu Duha di Mukah pada 16mac2011ialah :
waktu syuruk+ 1/3(waktu syuruk-waktu
subuh)
=0638+1/3 (0638-0524)
=0638+1/3 (74)
=0638+25minit
=0703=7:03 am
No comments:
Post a Comment