Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Sunday, June 3, 2012


   




   Assalamualaikum... Alhamdulillah dpt lagi saya meneruskan penulisan serta perkongsian ilmu di dalam ‘Lukisan Alam Ukasyah’ =) Ya Allah, dah lama saya tak menjengah blog ... itulah,bila dah start mengajar di tahfiz..jaga anak murid dah jarang dpt buka blog..=) tapi ape-ape pun ‘lukisan alam ukasyah’ sentiasa di hati hehehe.. baru nie sambutan hari guru.. Alhamdulillah,seronok juga buat pertama kali saya menyambutnya... ‘Durian Runtuh’  penuh satu meja hadiah dari anak-anak didik.. syukran buat semua dari ustazah ye.. resam kehidupan juga buat saya,apabila saya hadapi dugaan dengan segelintir  insan .. =) dugaan + sabar = insyaAllah.. semoga semua menjadi baik seperti biasa.. 
    Ya Allah mohon kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang.. kehidupan di tahfiz benar-benar mengajar saya lebih bersedia dalam hadapi dugaan.. pelajari ilmu agama dgn lebih baik.. subhanaAllah, itulah nikmat yang terindah saya perolehi.. sujud syukurku pada-Mu Ya Allah. =) okait jom ! saya nak kongsikan ‘tip terapkan sabar Rasulullah s.a.w.’  


Tip : “Aiman,bersabarlah sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabar. Rasulullah s.a.w. dahulu pernah diejek dan dibaling batu oleh suatu kaum ketika diajak beriman kepada Allah s.w.t ,hinggakan Baginda terluka dan darah mengalir. Jika nabi hendakkan kehancuran bagi mereka,malaikat sudah sedia menunggu arahan.Tetapi Baginda tidak mahu. Sebaliknya Baginda mendoakan mereka: ‘Ya Allah,ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mahu.’ 



No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...