Ahlan Wa Sahlan..singgah coretan seketika hehehe =)
kisah ini diriwayatkan drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.. Mari kita hayatinya bersama..
Abu Hurairah meriwayatkan drpd Baginda s.a.w. bahawa ada seorg lelaki yang ingin menziarahi sahabat yg menetap di sebuah kampung yang lain.Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yg dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: 'ke mana kamu ingin pergi?' jawab lelaki itu jujur: 'aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.' malaikat bertanya lagi: 'adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?' lelaki itu menjawab :'Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya krn Allah.'Berkata malaikat: "Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kpdmu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana -Nya. " (Riwayat Muslim)
Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi drpd persahabatan yang terbina.Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu.Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya mampu memberi ganjaran terbaik.. InsyaAllah. =)
No comments:
Post a Comment