Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Monday, February 3, 2014

Cara Kita Berfikir..

Assalamualaikum... ana tertarik dengan cara "solusi" membentangkan cara untuk kta berfikir =) Ada dua kaedah : 1. Ana seorang yang positif apabila... 2. Ana seorang yang negatif apabila.. mari kita lihat apakah yang ingin disampaikan.. jazakallah "solusi" kerana perkongsian yang menarik..

1. Ana Seorang Yang Positif Apabila...

     * Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga hubungan     
        baik dengan Allah.
     * Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan 
         kehidupan peribadi.
     * Sering bahagia dan membahagiakan serta bersangka 
         baik  terhadap orang di sekeliling.
     * Hati kecil sering berkata: "kehidupan adalah hak setiap manusia. Kita perlu hidup 
        dalam  damai,kebahagian,kasih sayang dan saling menghormati."
     * Fokus dalam penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu 
        bertanggungjawab  berusaha mencari jalan penyelesaian.
     * Suka memberi.
     * "Auro" positif meresapi orang di sekeliling, sehingga mereka juga bersikap positf 
         seperti kita.

2. Ana Seorang Yang Negatif Apabila...

     - Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada 
        mendengar kata hati dan bisikan nurani.
     - Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.
     - Sering menderita dan bersangka buruk terhadap orang 
        sekeliling.
     - Hati kecil sering berkata : "kehidupan adalah satu kezaliman 
       dan penderitaan. Ia penuh dengan 
       dendam dan pemusuhan."
     - Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan 
        meletakkan salah pada lain.
     - "Angin" negatif telah menjdaikan orang lain benci kepada kita,bahkan mereka juga 
         berfikiran  negatif  sepert kita."

No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...