Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, March 29, 2011

..ada ungkapan ada alunan..

ha a..hari ini kita  mencari permahaman hehehe..
ada apa dengan iman..
''berimanlah kerana iman menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. keimanan adalah penyejuk mata hati bagi orang - orang yang suka beribadah
"iman adalah mutiara didalam hati manusia... Raihan"


ingati Allah kerana...
''hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus . Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib akan meredahi dan segala kesusahan akan lenyap.
''Ya Allah Engkau Tuhanku...tiada Tuhan melainkan Engkau...."Qathrunnada cinta agung"


Bersama Al-Quran...
''Hiduplah bersama Al-Quran , baik dengan menghafal,membaca dan mendengarnya dan merendungi kandungan ayat-ayatnya,kerana Al-Quran adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan...''Al-Quran kitabku..kabah kiblatku.."


Tawakal..Perlindungan..
"b'tawakallah kpd Allah dgn serahkan segala urusan kpd-Nya dan redhalah di atas ketentuan-Nya dengan sepenuh hati.Mintalah perlindungan dan pertolongan kpd-Nya dan merujuk segala urusan kpd-Nya,kerana sesungguhnya Dialah Zat Yang mencukupi dan menjamin segala keperluan.." 'kau tempat ku meminta,kau beriku bahagia...afgan padamu ku bersujud"


Orang zalim pada kita,nak wat ape ye..
'maafkan saje dan sambungkan silaturrahim org yang memutuskan nya.Berilah org yang tak pernah memberi kepada kamu dan berlembutlah terhadap org yg berbuat jahat kpd kamu,jika kamu mampu melakukan semua ini,nescaya akan peroleh kebahagian dan ketenangan..' "sahabat masih ada waktu,utk kau dan aku menghitung dosa2 lalu.. Rast"


'La haulawala quwwata illa billah'
'kalimah ini dapat melapangkan dada,memperbaiki keadaan,perkara yg berat menjadi ringan dan akan menjadikan diri diredhai oleh zat Yang Maha Kuasa. Dan perbanyakkan jg istighfar,krn akan mendatangkan rezeki,kelapangan,keturunan yang baik,ilmu yang bermafaat,serta dapat menghapuskan dosa..'
"selamatkan diri kamu dari azabmu, jauhkan diri kami dari bisikan syaitan"


ujian..
bahawa ujian akan mendekatkn diri kamu dgn Allah,mengajar agar berdoa dan menghilangkan sifat takbur,ujub dan segala kesombongan drpd diri kamu.Dan jgn pula berputus asa apb diberi ujian.Jgn menyerah kalah dan selalulah bersangka baik kpd Tuhan.. 'Hidup tak selalunya indah,langit tak selalunya cerah..Hijjaz Lukisan alam'


apabila marah..
'jgnlah marah,sbb marah hanya merosakkan keadaan jiwa dan hati,mengubah budi perketi,memburukkan pergaulan,menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali siraturrahim.Dan jika masih marah,jgnlah berbicara..mohon perlindungan kpd Allah dari gangguan syaitan dan ubah kedudukan,jika sedang berdiri maka duduklah.jika masih marah,berwuduk dan perbanayakan berzikir kpd Allah.


Al-Insyirah..
Ingatlah surah itu ketika berada dalam kesusahan.Ada penawar yg paling mujarabketika ditimpa bencana. "tdk ada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun.Tdk ada Tuhan selain Allah,Tuhan pemilik Arasy yg agung.Tdk ada tuhan selain Allah,Tuhan pencipta dan penguasa langit dan bumi serta Tuhan pemilik Arasy yg agung"..' Semakin jauh ku dari-Mu,Semakin dekat pula Kau menghampiri daku..Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih,Siapalah diriku di pandangan-Mu'


Sebelum mata terlena..
Meminta maaf dan memaafkanlah seluruh manusia,bisikan hati dgn permaafan sebanyak 7x,lalu sempurnakan dgn istighfar,nescaya akan mendapati manisnya iman..'sebelum mata terlena dibuai mlm gelita'
'akhir kata..semoga bermanfaat bagi kita semua..fid dini wad dunyaa walakhirah Amin'

No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...