Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Tuesday, April 23, 2013

Dua dalam satu...

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia disisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut :

* Diampunkan dosa meskipun sabanyak buih di lautan
* Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
* Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh Perkara Tersebut ialah :
1. Membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.
2. Mengucapkan alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
3. Beristigfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.
4. Melafazkan insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.
5. Membaca 'hawqalah' (la hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilahi raji'un) pada setiap musibah.
7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada setiap waktu siang dan malam.

Penzalim yang menzalimi diri sendiri.

-  Apabila kita melakukan sesuatu perkara bukan pada tempatnya, itulah yang dinamakan zalim. Namun, sedarkah kita bukan pernah berbuat zalim kepada orang lain bahkan juga pernah manzalimi diri sendiri. Mari semak.. :

ADIL PADA DIRI
ZALIM PADA DIRI
Bersederhana dalam setiap perkara.
Berlebih-lebihan dan sering membazir
Mahu membaca sesuatu
Sering berdalih sebelum mencuba
Berani menonjolkan diri
Malu tidak bertempat
Istiqamah untuk berdoa
Putus asa dalam berdoa
Bersedia memulakan tindakan
Bertangguh dan melambat-lambatkan kerja





No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...