Makanan Rohani iaitu coklat tenaga (qiamullail) yang akan diadun dengan krim (solat hajat) bersama karamel (solat taubat) ditambah dengan kacang (membaca Al Quran) . InsyaAllah

Sunday, July 14, 2013

ikhlas hati pembersih kekotoran hati....

     
      Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan di sini ialah bukan apa yang dapat dilihat oleh mata, misalnya seperti menjaga kebersihan anggota badan, pakaian, tempat kediaman dan persekitaran. Menjaga kebersihan ialah menjaga kebersihan hati yang jarang sekali diambil perhatian. Ramai antara kita hanya mengutamkan kebersihan zahir daripada kebersihan hati. Ini kerana kebersihan zahir dapat dilihat kekotorannya manakala kekotoran hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali apabila dapat dikesan melalui amal perbuatan dan tindak tanduknya.
     Hati di dalam tubuh manusia ibarat kayu ukur untuk menilai sama ada baik atau buruk amal perbuatannya. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi Abdillah An Nu’man bin Banyir, Rasulullah s.a.w berkata, “Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging , apabila elok dan sempurna daging itu maka akan elok dan sempurnalah seluruh tubuhnya.Tetapi jika daging itu rosak, akan rosaklah seluruh tubuh itu.Ketahuilah daging yang dimaksudkan itu ialah hati.”Apabila hati berpenyakit, itulah yang dinamakan tidak bersih. Hati tidak bersih atau kotor berpunca dari  banyak perkara seperti sombong , angkuh, berdendam, berdengki, takbur, iri hati, bakhil, kedekut, tamak, haloba, dan lain-lain perbuatan yang merugikan .
     Di dalam banyak-banyak kekotoran hati itu, penyakit syirik merupakan satu-satunya penyakit yang paling bahaya. Rasulullah s.a.w sering berpesan kepada umatnya agra menjauhi perasaan atau sifat syirik seperti ini. Tidak dinafikan bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan dan sejurus kepada penyakit kekotoran hati ini disebabkan tidak ada rasa ikhlas sewaktu melakukannya. Apabila tidak ikhlas, akan timbullah perasaan riak iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mahu mendapat pujian atau sanjungan.
     Bayangkanlah apakah manfaatnya jika melakukan sesuatu kebajikan andai kita masih lagi bersifat takbur, sombong, berdendam dan perbuatan negatif lain? Ia akan menjadi sia-sia kerana amal kebajikan yang dibuat tidak mampu membersihkan hati yang sarat dengan kekotoran seperti itu. Sebaik-baiknya segala amal kebajikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menjadi penapis kepada perasaan negative daripada terus meresap dan berkumpul di dalam hati. Sebelum melakukan sesuatu amal perbuatan, sebaik-baiknya lakukanlah pembersihan hati terlebih dahulu iaitu membuang segala kekotoran yang bersarang di dalam hati. Apabila hati sudah bersih bersih, kita akan menjadi lebih mudah melaksanakan segala amal perbuatan kebajikan dan tidak menjadi sia-sia.
    Menjaga agar hati sentiasa di dalam keadaan suci bersih ialah dengan bertakwa dan ikhlas terhadap amal ibadat. Tujuan manusia dihidupkan ialah untuk beribadat dan menyembah ALLAH yang menciptakan. Segala amal perbuatan tidak akan dapat dilakukan dengan lancar sekiranya sifat ikhlas tidakwujud dalam diri. Oleh itu, amatlah perlubagi kita menanamkan sifat ikhlas kerana ia akan menghindari diri daripada segala penyakit yang mengotorkan hati. Selain itu, ibadat kepadaa ALLAH Azza Wa Jalla juga perlu diiringi rasa cinta dan kasih yang agung dengan mengharapkan pertemuan dengan-NYA pada hari  akhirat kelak. Rasa cinta ini pelu sentiasa dipupuk agar terus kekal dan tidak turun naik. Firman ALLAH S.W.T: “Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya maka perlakukanlah amalan soleh dan tidak menyekutu ibadat kepada – NYA dengan sesuatu pun.” –surah al-kahfi :110
     Selain itu, ALLAH juga menegaskan tentang kepentingan ikhlas ini seperti firman-NYA, “oleh itu hendakalah engkau menyambah ALLAH dengan mengikhlaskna segala ibadat dan bawaanmu hanya kepada-nya.”-surah al Zumari:2


No comments:

Post a Comment

wasiat....

Wasiat??wasiat yg istimewa..hadirnya dri kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. kpd Saidina Ali bin Abi Talib....apa ye isi kandungan wasiat it...